Saturday, January 29, 2011

Kedah vs T-Team

credit to jeebsion
Keputusan

0 - 0

BARISAN KEDAH PADA MALAM INI - Al hafiz hamzah, khairul helmi johari, azmi muslim, sabre mat abu, fauzi nan, v thirumurugan, ahmad fauzi saari, baddrol bakhtiar, fiqry mt isa, mohd faizal abu bakar, wan ashraf


Di Stadium Darulaman, Kedah yang hadir tanpa khidmat Ahmad Rohidan dan Azlan Ismail terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan bertemu T-Team sekalipun memperoleh peluang keemasan menerusi Ahmad Shakir Ali yang berdepan dengan penjaga gol pelawat, Ismail Abd Rahman seawal minit ke-4 namun cubaannya tersasar


Komen Penonton

salam keserian untuk semua, nampak berseri-seri aih, seperti lampu yang depa pasang kat depan masjid zahir, cantik dan berseri, kita cita skit game yang tadik, kedah lawan T-team, nampak barisan yang diturunkan oleh coach kita malam nie macam ok gak, pemain-pemain yang mampu untuk menadapatkan 3 mata malam ini, tapi sangkaan penyokong merosot, kita hanya mampu keluar dari stadium dengan wajah yang ber`seri` tanpa jaringan. Seperti biasa pasukan kita bermula dengan agak baik, mengawal permainan dan melancarkan serangan ke kubu lawan, dalam sepuluh minit pertama sukar untuk T-team mengawal bola, pemain kedah begitu bersemangat tapi gagal untuk melepasi kehebatan pertahanan T-team yang dikepalai oleh azizi mat ros. Mulanya saya rasa senang hati bila melihat bukan syamsuri yang mengawal pintu gol T-team, tapi aksi kedah yang hanya mengawal perlawanan tapi langsung tidak memberi ancaman yang bermakna kepada pintu gol pasukan T-team iini.

Syaket kelihatan beberapa kali berjaya dalam perebutan bola dan berjaya melindungi bola dari dirampas oleh azizi, nampak perkembangan yang menarik yang ditunjukan syaket. Beberapa kali juga selepas itu syaket mencuba penjaga gol pasukan T-team dari jauh,tapi mudah di tangkap kemas oleh penjaga gol tersebut, dalam hati saya, kalaulah syaket mempunyai satu peluang depan gol, mesti gol punya. Peluang terbaik yang dimiliki oleh kedah, apabila bola sungkitan cantik dari sepet terus kekaki bad, tetapi oleh kerana menyimpan bola terlalu lama, bola rembatan bad terkena kepada penjaga gol lawan yang cuba menutup ruang bagi menggagalkan peluang yang dimiliki oleh bad. Dalam satu lagi keadaan, syaket yang dilihat banyak menggerakan serangan kedah dicabar dari belakang, dan terpaksa menerima rawatan diluar padang, ternyata syaket banyak membantu permainan kedah pada separuh masa pertama,bad dilihat begitu sukar untuk melepaskan diri dari markernya dan selalu juga gagal merebut bola tingi setelah gagal mengawal bola melalui tandukan, kurang sesuai bermain sebagai penyerang. Seperti biasa kepantasan wan rambo menyebabkan beliau berlari terlalu laju, sehinga sukar untuk mengawal bola dan melakukan cross yang baik untuk penyerang kita. Beberapa kali bola hantaran jauh dari g nan berjaya menepati sasaran, tapi gagal digunakan kesempatan sepenuhnya oleh penyerang-penyerang kita, kedah banyak menyrang menggunakan sebelah kanan di separuh masa pertama.


masuk separuh masa kedua, coach melakukan pertukaran,syaket dikeluarkan, dan memasukan pemain yang lebih laju dan lincah, hatapon, ternyata kemasukan hatapon merancakan permainan, tapi selalu saja bola yang dilarikan tersangkut kepada kaki pertahanan lawan. Mungkin sebab terlalu laju dan terlalu direct, menyebabkan pemain lawan mudah membaca pergerakan pemain ini, dilihat bertambah senanglah kerja azizi mat ros, sebab bola adalah lebih sennag direbut dari kaki pemain-pemain kita dan hantaran-hantaran yang laju bak roket selalunya ditujukan kepada pemain yang laju-laju ini hatapon dan wan rambo, tetapi tetap tidak memberikan kesan kepada penjaga gol T-team, beliau lebih banyak berehat Tiada percubaan yang benar-benar menguji penjaga gol T-team ini

Dalam satu perebutan bola pemain kedah telah mengalami kecerdaan,azmi muslim diusung keluar,dan tempat beliau digantikan oleh sabri abu dan bahagian tengah kedah diambil alih oleh arfan (ganti azmi) bergandingan bersama pak long, jentera kedah masih lagi buntu. Dalam satu keadaan kelangkabut depan pintu gol kedah,bola yang diclearkan oleh g nan singah ke kaki sabru, dan hantaran terus ke kaki lawan, rembatan permain tersebut terkena kepada tiang gol rebound kembali ke dalam dakapan alhafiz. Banyak kali peluang terbuka dimiliki oleh pemain-pemain T-team, tapi mungkin rezeki kita untuk dapat 1 point untuk pulang dengan wajah berseri-seri, maka segala percubaan lawan gagal menepati sasaran,walaupun pada satu ketika penjaga gol kita telah berada luar kawasan gol, namun bola sungkitan pemain T-team gagal menemui sasaran, tamat perlawanan, kedah 0- T-team 0. Itu saja ulasan yang tak seberapa dari cek, wallahualam.....




Monday, January 17, 2011

Perak vs Kedah

Malam ni ada friendly game Perak vs Kedah kat Std Ipoh jam 8:45
Semua fan dijemput hadir

Thursday, January 6, 2011

Wednesday, January 5, 2011

Jersey KEDAH 2011








































































source : HKC.com

KEDAH 2011

1. mohd helmi eliza
2. abdul hadi abd hamid
3. mohd al-hafiz hamzah
4. mohd shahril faizal
5. shafizan hashim
6. mohd fauzie nan
7. mohd azmi muslim
8. khairul helmi johari
9. mohd fazliata taib
10. mohd sabre mat abu
11. thirumurugan veeran
12. amar rohidan
13. baddrol bakhtiar
14. ahmad fauzi shaari
15. ahmad shakir md ali
16. azlan ismail
17. khyril muhymeen
18. mohd faizal abu bakar
19. mohd firdaus m. faudzi

Tuesday, January 4, 2011

Venue Liga M

Berikut adalah Venue Pasukan Bertanding dan waktu perlawanan bagi setiap Negeri

1. KEDAH - Stadium Darulaman - 8.45 malam
2. Selangor - Stadium Shah Alam - 8.45 malam
3. Kuala Lumpur - Stadium PBKL, - 8.45 malam
4. Johor FC - Stadium JCorp - 4.45 petang
5. Negeri Sembilan - Stadium Tuanku Abdul Rahman - 8.45 malam
6. Pahang - Stadium Darul Makmur - 8.45 malam
7. Felda - Stadium PBKL - 8.45 malam
8. Kelantan - Stadium Sultan Muhammad ke-IV - 4.45 petang
9. Harimau Muda A - Stadium MBPJ - 4.45 petang
10. T-Team - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah - 4.45 petang
11. Terengganu - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah - 8.45 malam
12. Perak - Stadium Ipoh - 4.45 petang
13. Perlis - Stadium Utama Negeri - 8.45 malam
14. Sabah - Stadium Likas - 4.15 petang

Jadual memang agak pelik sikit kerana JK Pertandingan memberi sedikit ruang kepada pasukan Sabah agar bertanding di beberapa venue lawan/sendiri berturut-turut untuk mengurangkan kos pengangkutan pasukan.

Nampaknya Astro senang nak buat live kot dah ada game petang dan malam...

Stadium yg ditetapkan bermain petang oleh FAM atas sebab lampu limpah tak memenuhi syarat kecerahan minimum sebanyak 800 Lux.

source : HKC

Tujuh pemain kebangsaan sandaran Kedah

Oleh Bashah Zainol Abidin
bhsukan@bharian.com.my
2011/01/05

SEMUA pemain utama Kedah perlu mempamer kemampuan sebenar ketika berada di atas padang, bukan sekadar memiliki kemampuan individu saja, kata ketua jurulatih Hijau Kuning, Ahmad Yusoff.

Menurutnya, Kedah kini memiliki tujuh pemain kebangsaan iaitu Sabre Abu, Khyril Muhymeen Zambri, Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan dan Khyril Helmi Johari yang bersama pasukan Malaysia ketika menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 manakala dua pemain lagi, Baddrol Bakhtiar dan Azmi Muslim terpaksa menarik diri kerana kecederaan.
“Dengan tujuh pemain kebangsaan ini, kita sepatutnya beraksi mantap dan menang setiap perlawanan tetapi kegagalan mereka beraksi dengan keupayaan sebenar menyebabkan kita kerap menerima padah.
“Selepas tiga perlawanan ujian bertemu PKNS (0-0), Sarawak (5-0) dan Sime Darby FC (1-0), saya gembira kerana Kedah mempunyai ramai pemain dari pasukan Liga Simpanan untuk diketengahkan dan dengan kehadiran pemain kebangsaan, Kedah sepatutnya lebih mantap,” katanya.

Kedah akan bertemu Perlis hujung minggu ini untuk satu lagi pemanas badan dan medan Ahmad mengenal pasti kesebelasan utama untuk kempen Liga Super nanti.

Kehadiran bekas pertahanan Perlis, Fauzi Nan berjaya menampung kerapuhan benteng pertahanan yang agak goyah musim lalu dan bersama-sama Azmi dan V Thirumurugan, ditambah kecekapan penjaga gol Elmi Eliza Elias, benteng Hijau Kuning tampak cukup kukuh.

“Saya juga akan mengenal pasti siapa gandingan bersama Amar Rohidan apabila bertemu Perlis nanti,” katanya yang dilihat tidak bermasalah mencari gandingan berbisa di barisan depan dengan kehadiran Baddrol, Faizal dan Firdaus Fauzi selepas Azlan Ismail masih berehat kerana pembedahan lutut.

Undian Piala FA 2011

Pusingan Pertama: Februari 19, 2011
Pusingan Kedua: Mac 04, 2011

Suku Akhir

Perlawanan 1: Mac 15, 2011
Perlawanan 2: Mac 19, 2011


Separuh Akhir

Perlawanan 1: Mei 13, 2011
Perlawanan 2: Mei 16, 2011


Perlawanan Akhir

Akhir Jun 11, 2011


* pusingan 1 dan 2 tiada perlawanan timbal balik




Pusingan Pertama: Februari 19, 2011 (Sabtu):

1 - Negeri Sembilan vs BYE,
2 - KL Pos Malaysia vs Kuala Lumpur,
3 - Johor MP Muar FC vs Selangor PKNS FC,
4 - Pahang vs Sabah,
5 - PDRM vs Perak,
6 - Melaka vs KL Sime Darby FC
7 - ATM vs Sarawak,
8 - PP USM FC vs Terengganu,
9 - Selangor vs BYE,
10 - Johor Melodi Jaya vs Harimau Muda "B",
11 - PP SDM Kepala Batas vs Harimau Muda "A",
12 - Pulau Pinang vs Johor,
13 - Johor FC vs KL SPA FC,
14 - Terengganu PBDKT T-Team vs Kelantan,
15 - Perlis vs KL Felda United,
16 - Kedah vs BYE.



Pusingan Kedua: Mac 04, 2011 (Jumaat)

17 - Negeri Sembilan vs Pemenang 2 (Pos/KL)
18 - Pemenang 3 (MP Muar/PKNS) vs Pemenang 4 (Pahang/Sabah)
19 - Pemenang 5 (PDRM/Perak) vs Pemenang 6 (Melaka/Sime Darby)
20 - Pemenang 7 (ATM/Sarawak) vs Pemenang 8 (USM/Terengganu)
21 - Selangor vs Pemenang 9 (Johor Melodi Jaya/Harimau Muda
22 - Pemenang 11 (SDM Navy/Harimau Muda A) vs Pemenang 12 (Pulau Pinang/Johor)
23 - Pemenang 13 (Johor FC/KL SPA) vs Pemenang 14 (T-Team/Kelantan)
24 - Pemenang 15 (Perlis/Felda United) vs Kedah

Credit to MSL FB & HKC



JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2011

PUSINGAN 1
29.01.2011 KEDAH LWN T TEAM
01.02.2011 KEDAH LWN FELDA UNITED
12.02.2011 SABAH LAWAN KEDAH
15.02.2011 KEDAH LWN PERAK
26.02.2011 KEDAH LWN KELANTAN
01.03.2011 SELANGOR LWN KEDAH
12.03.2011 KEDAH LAWAN TERENGGANU
02.04.2011 KL LWN KEDAH
05.04.2011 KEDAH LWN JOHOR FC
09.04.2011 PERLIS LWN KEDAH
12.04.2011 KEDAH LWN NEGERI SEMBILAN
16.04.2011 KEDAH LWN PAHANG

19.04.2011 HARIMAU MUDA A LWN KEDAH

PUSINGAN 2
23.04.2011 KEDAH LWN HARIMAU A
26.04.2011 T TEAM LWN KEDAH
30.04.2011 PERAK LAWAN KEDAH

03.05.2011 KEDAH LWN SABAH
07.05.2011 KELANTAN LWN KEDAH
10.05.2011 KEDAH LWN SELANGOR
21.05.2011 KEDAH LAWAN KL
24.05.2011 JOHOR FC LWN KEDAH
14.06.2011 KEDAH LWN PERLIS
18.06.2011 TERENGGANU LWN KEDAH
21.06.2011 FELDA LWN KEDAH
05.07.2011 PAHANG LWN KEDAH

30.07.2011 KEDAH LWN NEGERI SEMBILAN


credit to HKC