Wednesday, March 23, 2011

Siapa Pengganti Mad Usop?

KFA senarai pendek calon jurulatih

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) sudah mempunyai beberapa calon berpotensi untuk memikul tanggungjawab sebagai pengendali skuad Hijau Kuning.

Presiden KFA, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, namun perbincangan lanjut mengenai siapakah yang bakal membimbing pasukan itu masih belum dibuat.

“Biarlah jadi rahsia dulu sebab belum pilih, cuma ada senarai nama sahaja. Ia juga dalam pengetahuan Exco Belia dan Sukan.


“KFA pun belum mengadakan mesyuarat untuk bincang hal ini, saya minta penyokong Hijau Kuning bersabar,” katanya.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru membuat pemilihan kerana ia memerlukan kajian dan penelitian rapi.

Ditanya sama ada jurulatih yang disenaraikan itu adalah dalam kalangan bekas pemain yang juga anak jati Kedah atau jurulatih import, Azizan hanya tersenyum sambil meminta pihak media bersabar dengan pengumuman yang akan dibuat kelak.

Mengulas mengenai keputusan Mohd Azraai Khor Abdullah yang memilih untuk bersama pasukan Negeri Sembilan, Azizan berkata jurulatih itu berhak memilih mana yang terbaik buat dirinya.

“Itu hak dia, mungkin tawaran di sana lebih baik dan dia lebih yakin untuk mengemudi pasukan Negeri Sembilan,” katanya.

sumber: SINAR HARIAN


Kedah minat pancing Alberts latih skuad Hijau Kuning
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

2011/03/24

ROBERT Alberts - jurulatih berasal dari Belanda yang mengemudi Kedah muncul juara Piala Malaysia 1993 - adalah antara beberapa calon dalam perhatian Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih menggantikan tempat Ahmad Yusof yang direhatkan.

Presidennya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas badan berkenaan, baru-baru ini tetapi enggan mendedahkan senarai calon berkenaan termasuk mengunci rapat mulut ketika ditanya mengenai ura-ura Sang Kenari bakal mendapat khidmat jurulatih import.
“Bagi kita sedikit masa membuat keputusan memilih (lantik) ketua jurulatih baru, sekarang ada beberapa nama tetapi masih belum dimuktamadkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.
Antara calon lain termasuk bekas jurulatih, Mustakeen Omar, Ahmad Shafiq dan Mohamad Ramli.

Ditanya, mengenai pelantikan Azraai Khor Abdullah yang juga bekas ketua jurulatih Kedah ke skuad Negeri Sembilan, dia berkata, Azraai berhak untuk membuat keputusan terbaik dan menjelaskan ia tidak mengganggu pemilihan ketua jurulatih baru pasukan Hijau Kuning.

Sumber : BHARIAN

Sunday, March 13, 2011

KEDAH 2 vs TERENGGANU 1


Sabtu, 12 Mac 2011
Stadium Darulaman, Alor Setar
Perlawanan ke7 Liga Super Malaysia 2011
Kehadiran penyokong : Sekitar 6,000 orang



Detik-detik penting :

Separuh masa pertama

Minit 8 : Mohd Faizal Abu Bakar melepaskan satu rembatan padu namun terus ke dakapan Penjaga Gol pelawat, Mohd Sharbinee Allawee

Minit 12 : Joseph Kallang Tie mensia-siakan peluang apabila menerima hantaran bijak daripada Ashaari Samsuddin tetapi percubaan jarak jauhnya hanya tersasar ke bulan!

Minit 22 : Ahmad Shakir Ali perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyudahkan peluang yang terbuka di hadapan gol pelawat. Ianya berpunca daripada sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar yang dihantar dengan baik ke kawasan "near post" yang seakan-akan singgah di kaki Mohd Faizal Abu Bakar tetapi menyedari bahawa Shakir lebih berpeluang untuk mencipta gol, dengan bijak Faizal melakukan "dummy" dan bola tersebut sampai ke kaki Shakir. Namun kegopohan Shakir menyaksikan sepakannya terlalu jauh tinggi di atas palang gol Terengganu. Hanya ketenangan mampu membantu Shakir di dalam situasi demikian apabila beliau ternyata langsung tidak dicabar oleh mana-mana pemain Terengganu

Minit 29 :
Terengganu sepatutnya sudah di depan apabila suatu peluang "Clearcut Chance" yang seharusnya dijaringkan oleh Ahmad Nordin Alias. Ia berpunca apabila berlaku situasi kelam kabut di depan gol tuan rumah, dan sentuhan terakhir Nordin berjaya diselamatkan oleh pertahanan Kedah, Mohd Fauzie Nan yang berjaya mengeluarkan bola di atas garisan gol Kedah.

Minit 29 : GOL!! Reeshafiq Alwi berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring gol sulung perlawanan apabila "first timer" jarak jauhnya menerjah terus ke penjuru atas kiri pintu gol Kedah yang hanya mampu diperhatikan sahaja oleh penjaga gol tuan rumah, Abdul Hadi Abdul Hamid. Gol yang sangat menarik oleh beliau! Jarang-jarang dapat kita saksikan! Ianya terhasil apabila sepakan penjuru pemain sayap kebangsaan, Mohd Ashaari Samsuddin ke tengah kotak penalti berjaya ditumbuk keluar oleh Abdul Hadi Abdul Hamid dan terus menuju ke arah Reeshafiq Alwi yang berada di luar kotak penalti Kedah. Tanpa menunggu bola tersebut jatuh ke permukaan padang, beliau dengan tenang melakukan "first timer" ke arah gol Kedah dan menyaksikan suatu gol hebat telah berjaya dihasilkan. Tidak ada mana-mana penjaga gol yang mampu menghalang gol tersebut. Teknik sepakan yang cukup baik oleh Reeshafiq.

Minit 38 : Terengganu meneruskan asakan demi asakan ke arah kubu Kedah apabila Reeshafiq Alwi sekali lagi hampir menjadi duri dalam daging buat Kedah apabila dengan bijak melorongkan bola kepada pemain sayap, Joseph Kallang Tie yang langsung tidak dikawal. Joseph berjaya melepaskan suatu rembatan kencang dari sebelah kiri kotak penalti Kedah. Malangnya rembatan beliau itu dinafikan oleh tiang gol Kenari di mana Abdul Hadi Abdul Hamid sudah pun tertewas. Terselamat sekali lagi gawang tuan rumah.

Minit 43 : Kini giliran Mohd Faizal Abu Bakar pula melepaskan suatu peluang keemasan apabila rembatannya hanya tersasar ke bulan!Beliau yang langsung tidak dikawal oleh mana-mana pemain pelawat sepatutnya mencari ketenangan sebelum melepaskan rembatan tersebut. Namun kegopohan beliau menafikan segalanya.

Minit 45 : Aksi longlai babak pertama Kedah hampir-hampir dihukum buat kali kedua apabila satu lagi "Clearcut Chance" Terengganu hampir-hampir terhasil. Reeshafiq Alwi sekali lagi hampir memusnahkan terus mental pemain-pemain tuan rumah untuk babak pertama apabila berjaya menguis bola hantaran Ashaari Samsuddin melepasi jangkauan Abdul Hadi Abdul Hamid dan ianya seakan-akan gol kedua buat Terengganu namun ketangkasan Abdul Hadi berjaya menidakkan peluang itu. Hadi, dengan pantas melompat setapak ke belakang dan menguis bola tersebut keluar dari zon bahaya. Jika ada anugerah pemain terbaik separuh masa pertama, anugerah tersebut seharusnya menjadi milik penjaga gol muda Kedah ini! Sekalung pujian buat beliau yang bertungkus lumus menyelamatkan gawang Kedah daripada menjadi santapan enak skuad Penyu!

Minit 45 + 1 : Abdul Hadi Abdul Hamid sekali lagi menggelengkan kepala apabila berjaya menepis keluar rembatan padu berbahaya oleh Ashaari Samsuddin. Cubaan ini merupakan cubaan ketiga yang kelihatan seakan-akan gol buat Terengganu.

Minit 45 + 2 : Wisel penamat bagi separuh masa pertama sekaligus meredakan kebimbangan Radhi Mat Din selaku pemangku Ketua Jurulatih skuad Hijau Kuning ini.


Separuh masa kedua


Minit 46 : Radhi Mat Din membuat 2 pertukaran serentak apabila memasukkan Shahril Faizal Sharifuddin bagi menggantikan Khairul Helmi Johari yang mengalami kecederaan Hamstring dan memasukkan Mohd Firdaus Faudzi bagi menggantikan Ahmad Shakir Ali yang kelihatan tidak bermaya pada separuh masa pertama.

Minit 48 :
Penyerang muda Terengganu, Abdul Hadi Yahaya hampir-hampir menghukum kesilapan mudah barisan pertahanan tuan rumah apabila memperolehi peluang 1-by-1 berhadapan Abdul Hadi Abdul Hamid tetapi ketangkasan penjaga gol Kedah ini menafikan peluang tersebut apabila berjaya menepis keluar rembatan itu. Ianya berpunca daripada kesilapan V.Thirumurugan yang ingin mengeluarkan bola daripada zon bahaya tetapi tersepak bola tersebut kepada Abdul Hadi Yahaya yang langsung tidak dikawal oleh mana-mana pemain Kedah.Thiru seharusnya menarik nafas lega!

Minit 51 : Hasmizan Kamaruddin menjadi pemain pertama dilayangkan kad kuning apabila didapati bersalah menarik baju Mohd Faizal Abu Bakar.

Minit 54 :
1-2 menarik dilakukan oleh Joseph Kallang Tie dan Abdul Hadi Yahaya di mana Abdul Hadi menyempurnakan peluang tersebut dengan lemah apabila hanya melepaskan rembatan lemah ke arah penjaga gol tuan rumah yang berjaya menangkap kemas bola tersebut.

Minit 55 : Baddrol Bakhtiar akhirnya memperoleh peluang terbaik buat dirinya apabila berjaya menanduk tajam bola lintangan Mohd Azmi Muslim namun tandukannya itu tepat ke dakapan Mohd Sharbinee Allawee.

Minit 56 :
Giliran Terengganu melancarkan asakan apabila Ashaari Samsuddin berjaya melepaskan satu rembatan leret tetapi berjaya ditangkap kemas oleh Abdul Hadi Abdul Hamid.

Minit 62 :
GOL!! Khyril Muhymeen Zambri akhirnya berjaya memecah kebuntuan buat tuan rumah di dalam perlawanan ini apabila meledakkan gol sulung Liga Super 2011 buat dirinya. Ianya terhasil apabila lintangan rendah dilakukan oleh Mohd Faizal Abu Bakar dari sebelah sayap kiri berjaya sampai ke kaki Baddrol Bakhtiar yang ingin melakukan cubaan. Kegopohan pemain pertahanan Terengganu dalam mengeluarkan bola memakan diri apabila Baddrol Bakhtiar dengan pantas menghulur kaki dan menolak bola kepada Khyril Muhymeen dan dengan tenang beliau menolak bola secara leret ke arah bahagian kiri pintu gol pelawat. Mohd Sharbinee Allawee tewas buat kali pertama di dalam perlawanan ini.

Minit 65 : Gol tersebut nyata menjadi pembakar semangat skuad Kenari yang seakan-akan sudah menemui rentak pemusnah dan semakin bernafsu untuk mencari gol. Ia jelas kelihatan apabila Khyril Muhymeen yang nyata longlai pada babak pertama menjadi garang selepas gol pertama beliau apabila berjaya melepaskan rembatan jarak jauh tetapi berjaya didakap kemas oleh penjaga gol pelawat.

Minit 66 : GOL!! Kedah berjaya menjaringkan gol kedua dalam tempoh 4 minit!! Kali ini, bekas pemain Terengganu, Mohd Firdaus Faudzi atau digelar "Spidotman" mengecewakan bekas rakan-rakannya apabila menjaringkan gol kedua tuan rumah. Pujian harus dilontarkan kepada Firdaus apabila ketenangannya memperdayakan 2 pemain pertahanan Terengganu sebelum merembat bola ke bahagian kanan gawang pelawat akhirnya berbaloi. Sekali lagi ketenangan menjadi punca gol ini terhasil. Beliau menyambut hantaran Ahmad Fauzi Shaari, dan dengan bijak memperdayakan kedua-dua pertahanan Terengganu. Suatu sikap yang harus dicontohi oleh rakan-rakan sepasukan yang lain. Tahniah Firdaus! Gol pertama beliau bersama pasukan kelahirannya!

Minit 68 : Menyedari bahawa pertahanan tengahnya sudah kehilangan konsentrasi dan kerap melakukan kesilapan mudah, Irfan Bakti dengan pantas mengeluarkan Hasmizan Kamarodin dan memasukkan pertahanan berpengalaman, Ronny Harun. Dan dalam misi mencari gol penyamaan, Irfan Bakti mengeluarkan Ismail Faruqi Ashaari dan digantikan dengan seorang lagi penyerang muda berbakat, Wan Mohd Aliff Wan Jasmi.

Minit 79 :
Ashaari Samsuddin menerima hantaran daripada Wan Mohd Aliff Wan Jasmi dan melepaskan rembatan dari luar kotak penalti tetapi jauh tersasar dari gol Kedah.

Minit 84 : V.Thirumurugan menjadi pemain pertama tuan rumah yang dilayangkan kad kuning apabila melakukan kesalahan menarik baju pemain lawan.

Minit 85 : Radhi Mat Din melakukan pertukaran ketiga buat pasukan Kedah apabila mengeluarkan Baddrol Bakhtiar dan memasukkan Azlan Ismail.

Minit 86 : Irfan Bakti turut menggunakan pertukaran ketiga apabila mengeluarkan Abdul Hadi Yahaya dan memasukkan Md. Alim Fahmi Kamaruddin dalam mencari gol penyamaan pada minit-minit akhir.

Minit 89 : Ashaari Samsuddin seakan-akan menemui gol penyamaan buat pasukannya apabila tandukan tajamnya berjaya diselamatkan dengan penuh gaya oleh Abdul Hadi Abdul Hamid. Peluang keemasan yang terbaik dimiliki oleh pasukan pelawat dalam usaha untuk mencuri 1 mata dari Alor Setar.

Minit 90 + 3 :
Wisel penamat perlawanan. Kemenangan "pertama" buat Radhi Mat Din dan kemenangan kedua buat Hijau Kuning dalam kempen Liga Super Malaysia 2011.



Line up kedua-dua pasukan :



KEDAH
2-Mohd Fauzie Nan, 7-Baddrol Bakhtiar (14-Azlan Ismail), 9-Mohd Azmi Muslim, 11-Ahmad Fauzi Shaari (K), 12-Ahmad Shakir Ali (23-Mohd Firdaus Faudzi), 13-Khairul Helmi Johari (3-Shahril Faizal Shariffuddin), 17-V.Thirumurugan, 18-Mohd Khyril Muhymeen Zambri, 19-Mohd Faizal Abu Bakar, 21-Mohd Sabree Mat Abu, 25-Abdul Hadi Abdul Hamid (PG)

Pemain simpanan yang tidak digunakan KEDAH

6-Shafizan Hashim, 20-Mohd Arfan Rashid, 22-Mohd Al Hafiz Hamzah (PG), 24-Wan Mohd Asraf Wan Ali

Pemain Digantung Pasukan KEDAH

Tiada


TERENGGANU

3-Mohd Muhaimin Omar, 5-Nik Zul Aziz Nawawi, 7-Reeshafiq Alwi, 10-Ismail Faruqi Ashaari (9-Wan Mohd Aliff Wan Jasmi), 12-Joseph Kallang Tie, 13-Hasmizan Kamarodin (11-Ronny Harun), 14-Abdul Hadi Yahaya (8-Md Alim Fahmi Kamaruddin), 15-Mazlizam Mohamad, 18-Ahmad Nordin Alias, 22-Mohd Ashaari Samsudin, 25-Mohd Sharbinee Alawee (PG)(K)

Pemain simpanan yang tidak digunakan TERENGGANU
4-Md.Hassan Basri, 16-Mohd Zubir Mohd Azmi, 24-Mohd Sharmiza Yusoff (PG)

Pemain Digantung Pasukan TERENGGANU
Tiada


Pegawai Pasukan KEDAH :

Ketua Jurulatih : Haji Ahmad Yusoff
Pengurus Pasukan : Dato' Haji Khazali Haji Din

Pegawai Pasukan TERENGGANU :

Ketua Jurulatih : Irfan Bakti Salim
Pengurus Pasukan : Dato' Haji Che Mat Che Jusoh


Pegawai Pertandingan :


Pengadil : Rosdi Shaharul
Penolong Pengadil 1 : Mohd Abdul Suki Said
Penolong Pengadil 2 : Asmadi Noor Hasni
Pegawai ke 4 : Asrul Zairi Abdul Hamid
Kommisioner Perlawanan : -
Penilai Pengadil / PP : SM Ramesh
General Koordinator : Jamil Che Mat
Pegawai Media : Nazri Ismail


STATISTIK PERLAWANAN


KEDAH / TERENGGANU


Percubaan Tepat 5 / 10
Percubaan Tersasar 7 / 7
Sepakan Penjuru 5 / 4
Sepakan Percuma 13 / 16
Kesalahan Dilakukan 16 / 11
Ofsaid 0 / 2
Kad Kuning 1 / 1
Kad Merah 0 / 0


KEPUTUSAN PENUH :

KEDAH 2 - 1 TERENGGANU



HIJAUKUNING.COM Man Of The Match : Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)

source : HKC

Tuesday, March 8, 2011

Kedah beri Ahmad ‘cuti’

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) terpaksa akur dengan desakan penyokong dan peminat skuad Kenari apabila mengambil keputusan merehatkan ketua jurulatih, Ahmad Yusof berkuatkuasa serta-merta berikutan prestasi merosot pasukan Hijau Kuning musim ini.

Presiden KFA, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat KFA malam kelmarin selain memutuskan penolong jurulatih, Radzi Md Din memangku jawatan sebagai ketua jurulatih bagi satu tempoh yang akan ditetapkan.


“Saya kecewa dengan persembahan hambar pemain Kedah musim ini sedangkan kita mempunyai kelebihan kerana ada ramai pemain kebangsaan. “Justeru, kerana mengambil kira pandangan dan permintaan penyokong pasukan Hijau Kuning, kami membuat keputusan merehatkan Ahmad buat sementara waktu dan tempatnya bakal dipangku Radzi,” katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Ahmad sebagai ketua jurulatih selepas mendapat desakan penyokong yang mahukan supaya beliau mengundur diri berikutan prestasi merudum pasukan itu dalam Liga Super 2011 selain tersingkir daripada saingan Piala FA.


Azizan berkata, beliau berharap peminat puas hati dengan keputusan itu dan melihat perkembangan itu daripada sudut positif dengan terus menyokong pasukan Kedah.


Sementara itu, Timbalan Presiden KFA, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, setiap pemain diminta menunjukkan kesungguhan dalam setiap perlawanan, manakala pihaknya mengkaji aspek kemerosotan pasukan serta mendapat pandangan luar.

source : harian metro


Saturday, March 5, 2011

FELDA UNITED 1 vs KEDAH 0


Jumaat, 4 Mac 2011
Stadium Darulaman, Alor Setar
Perlawanan Pusingan Ke 2 Piala FA 2011
Kehadiran penyokong : Sekitar 4,000 orang



Detik-detik penting :


Separuh masa pertama

Minit 10 : Baddrol Bakhtiar menyempurnakan 1 sepakan percuma dari luar kotak penalti tuan rumah namun sekadar singgah ke dakapan Penjaga Gol, Mohd Faizal Abdul Rashid

Minit 18 : Khyril Muhymeen Zambri mempunyai peluang terbaik buat dirinya apabila berjaya melambung bola yang seakan-akan mampu untuk melemaskan Mohd Faizal Abdul Rashid namun ianya sekadar sipi di sebelah kiri tiang gol Felda United

Minit 29 : Penyerang tuan rumah yang juga merupakan bekas pemain Kedah, Mohd Zamri Chin hampir-hampir meledak gol sulung perlawanan apabila bola hasil sepakan percuma Badrul Azam Zamri singgah tepat ke kaki beliau. Namun Azmi Muslim terlebih dahulu mengeluarkan bola tersebut sebelum Zamri meledak sepakan voli

Minit 33 : Pemain tengah Felda United, Mohd Lot Abu Hassan berjaya melepaskan rembatan jarak 30 meter yang menyaksikan Penjaga Gol, Kedah menangkap dengan teknik yang tidak kemas mengakibatkan bola muntah daripada dakapan. Mujur tiada mana-mana pemain tuan rumah yang berada dekat dengan beliau.

Minit 36 : Pemain pertahanan pelawat, Mohd Fauzie Nan dilayangkan kad kuning pertama perlawanan setelah mengasari Mohd Zamri Chin

Minit 39 : Bekas pemain kebangsaan, Azi Shahril Azmi memperoleh suatu peluang jarak jauh tetapi disia-siakan apabila rembatannya tersasar jauh ke bulan!

Minit 45 + 1 : Ayam tambatan Kedah, Azlan Ismail hampir melabuhkan separuh masa pertama dengan gol sulung perlawanan apabila "Tapping" beliau berjaya ditepis ke atas oleh Penjaga Gol tuan rumah. Seluruh stadium menyangkakan bola tersebut sudah masuk namun ketangkasan Mohd Faizal berjaya meredakan keadaan. Ianya berpunca daripada sepakan percuma di sebelah kiri pintu gol tuan rumah yang disempurnakan oleh Mohd Azmi Muslim. Bola hantarannya itu singgah tepat ke kaki Azlan Ismail dan melakukan "Tapping" mudah namun Mohd Faizal menafikan peluang tersebut. Peluang terbaik pasukan pelawat pada separuh masa pertama.

Minit 45 + 2 : Wisel penamat bagi separuh masa pertama


Separuh masa kedua

Minit 46 :
Pasukan tuan rumah bermula garang pada babak kedua apabila mereka memperoleh sepakan percuma dari jarak 25 meter dari gol Kedah. Sepakan tersebut diambil oleh bekas penyerang Kedah, Mohd Azrul Ahmad yang hanya sekadar melintang di hadapan gol Kedah tanpa dicabar oleh sesiapa.

Minit 53 : Tuan rumah membuat pertukaran pertama perlawanan apabila memasukkan Mohd Syazwan Zainon bagi menggantikan Mohd Zamri Chin yang tampak kekeringan idea untuk memecah benteng pasukan pelawat

Minit 57 :
Felda United sekali lagi hampir menemui gol sulung perlawanan apabila bekas pemain kebangsaan, Farderin Kadir berjaya meloloskan diri daripada kawalan Khairul Helmi Johari dan melepaskan satu rembatan kencang di sebelah kiri pintu gol Kedah. Sayang, ianya sekadar sipi.

Minit 68 :
Bekas pemain Kedah, Liew Kit Kong mencuri tumpuan apabila melepaskan satu rembatan padu dari jarak 30 meter tetapi berjaya didakap kemas oleh Abdul Hadi Abdul Hamid

Minit 69 : Azi Shahril Azmi dilayangkan kad kuning apabila mengasari Baddrol Bakhtiar daripada belakang.

Minit 76 : Khyril Muhymeen Zambri melepaskan rembatan jarak jauh namun ianya langsung tidak mengancam pintu gol tuan rumah apabila ianya tinggi melewati palang gol.

Minit 78 : Farderin Kadir hampir-hampir meletakkan tuan rumah di hadapan apabila tandukan lambungnya hampir-hampir menewaskan Abdul Hadi Abdul Hamid namun Abdul Hadi tampak bersedia dalam menafikan percubaan terbaik pasukan tuan rumah itu apabila berundur ke belakang dan menepis bola tersebut keluar untuk sepakan penjuru buat tuan rumah. Terselamat pintu gol Kedah sekali lagi.

Minit 80 : Pintu gol Kedah cemas apabila Liew Kit Kong berjaya menanduk bola ke arah pintu gol Kedah namun ianya sekadar terkena tiang dan melantun semula ke kawasan permainan.

Minit 81 : GOL!!! Bola lantunan hasil tandukan Liew Kit Kong tersebut jatuh tepat ke kaki Mohd Azrul Ahmad dan dengan mudah beliau menolak bola kepada Hasmarul Fadzir Hassan yang berada betul-betul di atas titik penalti dan langsung tidak dikawal oleh mana-mana pemain pasukan pelawat. Dengan tenang, Hasmarul bijak merembat bola tersebut ke sebelah kiri pintu gol Kedah dan menyaksikan Abdul Hadi Abdul Hamid gagal untuk menyelamatkan gawang pelawat dan menghadiahkan gol sulung perlawanan kepada Felda United.

Minit 84 : Felda United membuat pertukaran kedua apabila memasukkan K.Rajan dan mengeluarkan Mohd Azrul Ahmad bagi menguatkan bahagian sayap. Manakala pasukan pelawat juga membuat pertukaran kedua apabila memasukkan Shahril Faizal Sharifuddin bagi menggantikan Ahmad Fauzi Shaari.

Minit 86 : Baddrol Bakhtiar berjaya menanduk bola ke arah pintu gol Felda namun ianya sekadar menyaksikan sipi daripada tiang gol Felda United.

Minit 86 : Penyerang Kedah, Azlan Ismail dikeluarkan dan digantikan oleh penyerang muda, Hattaphon Bun An

Minit 90 + 2 :
Wisel penamat perlawanan. Kuala Lumpur Felda United mara ke pusingan seterusnya sambil menyaksikan finalis tahun lalu, Kedah terpaksa melupakan hasrat untuk mengulangi pencapaian tahun lepas.



Line up kedua-dua pasukan :



KUALA LUMPUR FELDA UNITED FC

20-Mohd Faizal Abdul Rashid (PG), 11-Badrul Azam Zamri, 22-Khaironnisam Sahabuddin Hussain (K), 4-Hasmarul Fadzir Hassan, 23-Mohd Nizam Abu Bakar, 25-Azi Shahril Azmi, 14-Mohd Lot Abu Hassan, 9-Farderin Kadir, 15-Mohd Zamri Chin (24-Mohd Syazwan Zainon), 5-Liew Kit Kong, 7-Mohd Azrul Ahmad (19-K.Rajan)

Pemain simpanan yang tidak digunakan KL FELDA UNITED FC

1-A.Zainal Rabin (PG), 10-Mohd Nizaruddin Yusoff, 2-Mohd Khairul Anuar Jamil, 3-Ramesh Lai Ban Huat, 6-Mohd Hazshafiq Hamzah


KEDAH
2-Mohd Fauzie Nan, 7-Baddrol Bakhtiar, 8-Amar Rohidan, 9-Mohd Azmi Muslim, 11-Ahmad Fauzi Shaari (K) (3-Shahril Faizal Sharifuddin), 13-Khairul Helmi Johari, 14-Azlan Ismail (26-Hattaphon Bun An), 17-V.Thirumurugan, 18-Khyril Muhymeen Zambri, 21-Mohd Sabree Mat Abu, 25-Abdul Hadi Abdul Hamid (PG)

Pemain simpanan yang tidak digunakan KEDAH

6-Shafizan Hashim, 22-Mohd Al Hafiz Hamzah, 23-Mohd Firdaus Mohd Faudzi, 24-Wan Mohd Asraf Wan Ali, 28-Mohd Fiqry Md.Isa



Pegawai Pasukan KL FELDA UNITED FC :

Ketua Jurulatih : E.Elavarasan
Pengurus Pasukan : Dato' Dzulkifli Abdul Wahab


Pegawai Pasukan KEDAH :

Ketua Jurulatih : Haji Ahmad B.Yusoff
Pengurus Pasukan : Dato' Haji Khazali Haji Din



STATISTIK PERLAWANAN

KL FELDA UNITED FC / KEDAH


Percubaan Tepat 6 / 2
Percubaan Tersasar 5 / 6
Sepakan Penjuru 4 / 4
Sepakan Percuma 14 / 10
Kesalahan Dilakukan 7 / 13
Ofsaid 3 / 1
Kad Kuning 1 / 1
Kad Merah 0 / 0


KEPUTUSAN PENUH :


FELDA UNITED 1 (Hasmarul Fadzir Hassan m.81)
KEDAH 0


HIJAUKUNING.COM Man Of The Match :
Hasmarul Fadzir Hassan (KL Felda United FC)


Sedikit info :
Sejurus selepas tamat perlawanan, hampir 1000 penyokong pasukan Kedah berkumpul di perkarangan Stadium Darul Aman bagi membuat bantahan meminta Ketua Jurulatih Kedah, Haji Ahmad Yusof meletakkan jawatan akibat rentetan kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh pasukan. Mereka kelihatan amat berang dengan Haji Ahmad Yusof sambil melaungkan "AHMAD YUSOF SILA LETAK JAWATAN". Walaubagaimanapun bantahan tersebut berlangsung dalam keadaan aman dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Melihatkan peminat semakin ramai menyertai bantahan tersebut, pengurusan KFA meminta kumpulan penyokong tersebut menghantar wakil dan masuk ke dalam pejabat KFA bagi mendengar luahan bantahan mereka. Sesi luahan hati tersebut berjalan hampir 20 minit dan wakil-wakil tersebut telah diberitahu bahawa KFA sudah pun memberi kata dua kepada Haji Ahmad Yusof kelmarin di mana beliau WAJIB mencipta kemenangan ke atas Felda sebentar tadi bagi menyelematkan kerjayanya sebagai Ketua Jurulatih Kedah. Kalah bererti beliau sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Kedah. Namun, keputusan muktamad akan diumumkan pada petang 5 Mac 2011 apabila pihak pengurusan tertinggi KFA akan sekali lagi mengadakan mesyuarat bagi menentukan nasib Haji Ahmad Yusof.

Tuesday, March 1, 2011

Ulasan Selangor v Kedah

Line Up

Hadi (5.5)

Thiru (6) Gnan (5.5) Keown (5.5) Azmi (5.5)

Sepet (5.5) Pak Long (5) Amar (6.5) Baddrol (6) Meen (5)

Azlan (5.5)

Pertukaran

Rambo (5) --> Sepet (5.5) - Minit-63
Shakir (5.5) --> Baddrol (6) - Minit-87
Hattaphon (5.5) --> Azlan (5.5) - Minit-87

Catatan permainan

Separuh Masa Pertama

Min 1 - Kedah memperolehi sepakan percuma awal setelah Meen dikasari tetapi tepat kepada penjaga gol lawan.
Min 6 - Percubaan Bad melepasi palang gol
Min 9 - Percubaan Hardi tepat kepada Hadi
Min 16 - Azlan bertembung dengan penjaga gol dalam satu persaingan di udara dan terpaksa keluar mendapatkan rawatan.
Min 19 - Baddrol dikasari tetapi pengadil memberi advantage. Bagaimanapun serangan gagal apabila Sepet gagal melintangkan bola dengan baik.
Min 23 - Baddrol dikasari dan Kedah mendapat sepakan percuma. Freekick Azlan lemah.
Min 27 - Selangor mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol, bagaimanapun percubaan Amirul Hadi terkena tiang gol kiri Kedah.
Min 31 - Percubaan Amri meliar
Min 37 - Keown mendapat kad kuning dan dilihat menyiku pemain Selangor. Sedikit kekecohan tercetus.
Min 38 - Sepakan percuma Selangor susulan kekasaran tersebut tinggi melepasi palang.
Min 45 - Percubaan Safiq Rahim dari luar kotak penalti melambung tinggi
Tambahan masa dua minit diberikan.

Statistik Separuh masa pertama

Sepakan Sudut
Kedah - 0
Selangor - 2

Offside
Kedah - 2
Selangor - 1

Percubaan Tepat
Kedah - 8
Selangor - 3

Percubaan Tersasar
Kedah - 4
Selangor - 7

Separuh Masa Kedua

Min 47 - Hadi menepis keluar lintangan bahaya pemain Selangor dari sebelah kanan.
Min 52 - Fadzli Shaari menanduk masuk lintangan dari Hardi dari sebelah kanan gawang Kedah.
Min 54 - Cubaan Meen tepat kepada Iqbal
Min 55 - Tandukan Baddrol diselamatkan penjaga gol Selangor
Min 59 - Sepakan percuma Baddrol terus kepada penjaga gol lawan
Min 60 - Tandukan Amri hanya sipi mengenai sisi gawang hasil sepakan penjuru.
Min 63 - Kedah memasukkan Rambo menggantikan Sepet
Min 71 - Sepakan percuma Baddrol tersangkut pada benteng dan Selangor melakukan serangan balas pantas tetapi offside
Min 73 - Tandukan Azlan hasil lintangan Baddrol terkena palang gol.
Min 80 - Asraruddin menanduk masuk sepakan sudut untuk gol kedua Selangor
Min 87 - Hattaphon dimasukkan menggantikan Azlan manakala Shakir menggantikan Baddrol
Min 89 - Hattaphon mempunyai peluang keemasan menjaringkan gol tetapi menyepak sekuat hati peluang di hadapan pintu gol lawan. Bola melambung tinggi.
Min 91 - Selangor melakukan serangan balas dan Amri mempunyai peluang keemasan hanya berdepan dengan hadi tetapi berjaya ditepis keluar dengan kaki oleh Hadi untuk sepakan penjuru.
Tambahan masa tiga minit diberikan

Statistik Separuh masa kedua

Sepakan Sudut
Kedah - 1
Selangor - 2

Offside
Kedah - 1
Selangor - 5

Percubaan Tepat
Kedah - 3
Selangor - 4

Percubaan Tersasar
Kedah - 4
Selangor - 6

Kad Kuning
Kedah - Keown minit-37
Selangor - 0

Ulasan Ringkas

Seperti yang saya tulis di atas, ia memang mengecewakan. Kedah memulakan perlawanan dengan formasi 4-5-1 dengan Azlan sebagai lone striker. lima pemain tengah digunakan untuk mengimbangi kekuatan tengah Selangor dan dalam tempoh 35 minit awal, ia berjaya. Ditambah pula dengan permainan Selangor yang haru biru dan serba tidak menjadi, Kedah dilihat lebih dominan. Malangnya, Azlan yang masih belum sembuh sepenuhnya tidak dapat bertindak berseorangan di bahagian atas menjadikan serangan kita gagal berfungsi. Cuma cubaan lemah dapat dilakukan.

Selangor pula tampak tertekan dengan serangan bertali arus Kedah. Setelah berjaya menyerap asakan dan tekanan Kedah, Selangor pada 10 minit terakhir separuh masa pertama mula mempamerkan persambahan sebenar. Terasa cukup rugi apabila kita gagal memanfaatkan persembahan longlai Selangor di peringkat awal.

Permulaan separuh masa Kedua, Selangor memulakan rentak dengan agresif dan berjaya mendapat gol awal yang kelihatan menambah tekanan Kedah. Kemasukan Rambo tidak banyak mengubah keadaan. Meen kelihatan masih tercari-cari prestasi terbaiknya apatah lagi masih belum benar-benar fit. Akhirnya Selangor menggandakan jaringan. Kemasukan Shakir dan Hattaphon dilihat sudah terlewat untuk membantu.

Saya berharap, pemain bersikap professional dan tidak mempamerkan protes terhadap individu tertentu melalui permainan jika benar dakwaan tersebut. Ada banyak lagi cara yang boleh dilakukan!

ulasan oleh : SAIFUL HKC

Mosthakeen letak jawatan

Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my
2011/03/02

pix_gal0
Perbezaan pendapat punca lepas jawatan ketua jurulatih Perlis

PERLIS menerima tamparan hebat apabila Mosthakeen Omar (gambar) tampil membuat kejutan besar meletakkan jawatan selaku ketua jurulatih skuad Singa Utara berkuatkuasa, semalam.
Segala-galanya difahamkan terjurus kepada perbezaan pendapat dengan pengurusan pasukan di atas kegagalan pasukan negeri itu dalam aksi Liga Malaysia, musim ini.
Pengendali berasal dari Kedah itu mengaku dia bertindak demikian selepas kecewa dengan pengurusan pasukan yang jelas menuding jari ke arahnya berikutan prestasi buruk Perlis yang gagal merakamkan sebarang kemenangan dalam Liga Super dan gagal mara ke pusingan berikut Piala FA.

“Memang ada percanggahan pendapat saya dengan pengurusan pasukan khususnya mengenai sasaran pencapaian pasukan dibarisi tenaga muda hampir 100 peratus. Saya tidak mempunyai pilihan melainkan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan,” kata Mosthakeen, semalam.

“Saya masuk (dilantik sebagai ketua jurulatih) dengan cara yang baik, maka saya mahu keluar (lepas jawatan) juga dengan cara baik. Tidak mahu cari masalah dengan mana-mana pihak. Saya mengesahkan sudah melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih Perlis, berkuatkuasa hari ini (semalam).

“Saya sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), hari ini (semalam). Justeru, saya tidak lagi terbabit mengendalikan pasukan yang akan turun menentang Kuala Lumpur, malam ini (semalam).”
Bekas pengendali skuad Pala Razak Kedah pada awal 1980-an itu dilantik membimbing Perlis kira-kira tiga bulan lalu menggantikan Yunus Alif yang berpindah ke T-Team.

Selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super, Perlis sekadar mengutip satu mata saja hasil keputusan seri 1-1 menentang Harimau Muda A dan empat kekalahan.

source : BHARIAN

Bungkuih lagi

Selangor 2
fazli & asra

Kedah 0