Saturday, January 29, 2011

Kedah vs T-Team

credit to jeebsion
Keputusan

0 - 0

BARISAN KEDAH PADA MALAM INI - Al hafiz hamzah, khairul helmi johari, azmi muslim, sabre mat abu, fauzi nan, v thirumurugan, ahmad fauzi saari, baddrol bakhtiar, fiqry mt isa, mohd faizal abu bakar, wan ashraf


Di Stadium Darulaman, Kedah yang hadir tanpa khidmat Ahmad Rohidan dan Azlan Ismail terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan bertemu T-Team sekalipun memperoleh peluang keemasan menerusi Ahmad Shakir Ali yang berdepan dengan penjaga gol pelawat, Ismail Abd Rahman seawal minit ke-4 namun cubaannya tersasar


Komen Penonton

salam keserian untuk semua, nampak berseri-seri aih, seperti lampu yang depa pasang kat depan masjid zahir, cantik dan berseri, kita cita skit game yang tadik, kedah lawan T-team, nampak barisan yang diturunkan oleh coach kita malam nie macam ok gak, pemain-pemain yang mampu untuk menadapatkan 3 mata malam ini, tapi sangkaan penyokong merosot, kita hanya mampu keluar dari stadium dengan wajah yang ber`seri` tanpa jaringan. Seperti biasa pasukan kita bermula dengan agak baik, mengawal permainan dan melancarkan serangan ke kubu lawan, dalam sepuluh minit pertama sukar untuk T-team mengawal bola, pemain kedah begitu bersemangat tapi gagal untuk melepasi kehebatan pertahanan T-team yang dikepalai oleh azizi mat ros. Mulanya saya rasa senang hati bila melihat bukan syamsuri yang mengawal pintu gol T-team, tapi aksi kedah yang hanya mengawal perlawanan tapi langsung tidak memberi ancaman yang bermakna kepada pintu gol pasukan T-team iini.

Syaket kelihatan beberapa kali berjaya dalam perebutan bola dan berjaya melindungi bola dari dirampas oleh azizi, nampak perkembangan yang menarik yang ditunjukan syaket. Beberapa kali juga selepas itu syaket mencuba penjaga gol pasukan T-team dari jauh,tapi mudah di tangkap kemas oleh penjaga gol tersebut, dalam hati saya, kalaulah syaket mempunyai satu peluang depan gol, mesti gol punya. Peluang terbaik yang dimiliki oleh kedah, apabila bola sungkitan cantik dari sepet terus kekaki bad, tetapi oleh kerana menyimpan bola terlalu lama, bola rembatan bad terkena kepada penjaga gol lawan yang cuba menutup ruang bagi menggagalkan peluang yang dimiliki oleh bad. Dalam satu lagi keadaan, syaket yang dilihat banyak menggerakan serangan kedah dicabar dari belakang, dan terpaksa menerima rawatan diluar padang, ternyata syaket banyak membantu permainan kedah pada separuh masa pertama,bad dilihat begitu sukar untuk melepaskan diri dari markernya dan selalu juga gagal merebut bola tingi setelah gagal mengawal bola melalui tandukan, kurang sesuai bermain sebagai penyerang. Seperti biasa kepantasan wan rambo menyebabkan beliau berlari terlalu laju, sehinga sukar untuk mengawal bola dan melakukan cross yang baik untuk penyerang kita. Beberapa kali bola hantaran jauh dari g nan berjaya menepati sasaran, tapi gagal digunakan kesempatan sepenuhnya oleh penyerang-penyerang kita, kedah banyak menyrang menggunakan sebelah kanan di separuh masa pertama.


masuk separuh masa kedua, coach melakukan pertukaran,syaket dikeluarkan, dan memasukan pemain yang lebih laju dan lincah, hatapon, ternyata kemasukan hatapon merancakan permainan, tapi selalu saja bola yang dilarikan tersangkut kepada kaki pertahanan lawan. Mungkin sebab terlalu laju dan terlalu direct, menyebabkan pemain lawan mudah membaca pergerakan pemain ini, dilihat bertambah senanglah kerja azizi mat ros, sebab bola adalah lebih sennag direbut dari kaki pemain-pemain kita dan hantaran-hantaran yang laju bak roket selalunya ditujukan kepada pemain yang laju-laju ini hatapon dan wan rambo, tetapi tetap tidak memberikan kesan kepada penjaga gol T-team, beliau lebih banyak berehat Tiada percubaan yang benar-benar menguji penjaga gol T-team ini

Dalam satu perebutan bola pemain kedah telah mengalami kecerdaan,azmi muslim diusung keluar,dan tempat beliau digantikan oleh sabri abu dan bahagian tengah kedah diambil alih oleh arfan (ganti azmi) bergandingan bersama pak long, jentera kedah masih lagi buntu. Dalam satu keadaan kelangkabut depan pintu gol kedah,bola yang diclearkan oleh g nan singah ke kaki sabru, dan hantaran terus ke kaki lawan, rembatan permain tersebut terkena kepada tiang gol rebound kembali ke dalam dakapan alhafiz. Banyak kali peluang terbuka dimiliki oleh pemain-pemain T-team, tapi mungkin rezeki kita untuk dapat 1 point untuk pulang dengan wajah berseri-seri, maka segala percubaan lawan gagal menepati sasaran,walaupun pada satu ketika penjaga gol kita telah berada luar kawasan gol, namun bola sungkitan pemain T-team gagal menemui sasaran, tamat perlawanan, kedah 0- T-team 0. Itu saja ulasan yang tak seberapa dari cek, wallahualam.....




No comments:

Post a Comment