Friday, April 29, 2011

Perak 1 Kedah 3

Setelah kalah 2 kali berturut2 ke atas HMA (2-1) & T-Team (3-1), kehadiran Wan Jamak sebagai coach baru ternyata memberi satu lonjakan baru ke atas KEDAH

Tahniah... kemenangan terbesar musim ini !!!

Saturday, April 16, 2011

Kedah 1 Pahang 0

KEDAH vs PAHANG
Sabtu, 16 April 2011
Stadium Darulaman, Alor Setar
Perlawanan ke 12 Liga Super Malaysia 2011
Kehadiran penyokong : Sekitar 8,000 orang



Detik-detik penting :


Separuh masa pertama

Minit 20 : Pemain berbisa Pahang, Azamuddin Akil berjaya menggegar gawang Kedah apabila merembat masuk gol hantaran Jalaluddin Jaafar namun Penjaga Garisan terlebih dahulu mengangkat bendera menandakan Azamuddin telah pun ofsaid

Minit 22 : Pemain sayap tuan rumah, Baddrol Bakhtiar hampir-hampir menjaringkan gol sulung perlawanan apabila bola lintangannya hampir menerjah masuk ke dalam gol Pahang namun berjaya dikuis oleh Penjaga Gol, Mohd Rosfaizal. Kuisan tersebut bagaimanapun jatuh di depan Sabree Abu yang terus melakukan "first timer" ke arah gol pelawat namun berjaya dihadang dengan baik oleh pertahanan pelawat dan menghasilkan sepakan penjuru

Minit 26 :
Sepakan penjuru oleh Baddrol Bakhtiar berjaya sampai ke kawasan "far post" dan sampai di kaki Azmi Muslim yang terus melepaskan satu rembatan padu namun ianya sekadar tersasar dari gol Pahang.

Minit 30 : Tuan rumah melakukan pertukaran pertama apabila mengeluarkan Sabree Abu yang kelihatan agak tenggelam di bahagian "Right Wing Back" dan digantikan oleh V.Thirumurugan

Minit 36 : Kedah sekali lagi terpaksa melakukan pertukaran awal apabila penyerang utama Azlan Ismail mengalami kecederaan pangkal paha yang agak serius. Radhi Mat Din menggantikan beliau dengan Mohd Faizal Abu Bakar dan beberapa rombakan kecil dilakukan di mana Faizal diletakkan di bahagian sayap kanan manakala Khyril Muhymeen diletakkan sebagai penyerang utama

Minit 37 :
Baddrol Bakhtiar melakukan satu sepakan lintang mencari Khyril Muhymeen tetapi berjaya dipintas oleh Penjaga Gol pelawat dengan bergaya

Minit 39 :
Mohd Faizal Abu Bakar menerusi sentuhan pertama beliau di dalam perlawanan ini mempunyai peluang terbaik apabila berjaya memperdayakan 2 pertahanan Pahang tetapi penyudah yang agak lemah mengakibatkan rembatan kaki kiri beliau hanya lemah dan ditangkap mudah oleh Penjaga Gol Tok Gajah

Minit 40 : Faizal sekali lagi memperolehi peluang terbaik apabila berjaya melepaskan voli rendah ke arah gol pelawat namun ianya sedikit tersasar dari sasaran. Berpunca daripada lintangan Baddrol yang terbias di badan pertahanan Pahang dan jatuh tepat di depan Faizal dan tanpa melengahkan masa terus melakukan voli

Minit 41 : Bola lintangan Faizal Abu Bakar hampir-hampir menerjah masuk ke dalam gol pelawat apabila lintangan tersebut melencong baik ke arah gol dan Rosfaizol sudah pun tertewas. Ia hanya sedikit melepasi palang gol pelawat

Minit 45 + 2 :
Wisel penamat bagi separuh masa pertama


Separuh masa kedua

Minit 52 :
Azamuddin Akil menjadi pemain pertama yang dilayangkan kad kuning oleh Pengadil Perlawanan, Suhaimi Mat Hassan akibat menyiku Shahril Faizal di dalam perebutan bola di dalam kotak penalti tuan rumah

Minit 56 :
GOL!!! V.Thirumurugan akhirnya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol sulung perlawanan dengan merembat kencang bola hantaran jauh oleh Mohd Azmi Muslim yang membuat hantaran dari bahagian sayap kiri tuan rumah. Pujian seharusnya dilontarkan kepada Azmi yang bijak mengesan rakan sepasukan yang langsung tidak dikawal di bahagian depan dan V.Thirumurugan yang bijak mengeksploitasi ruang yang ada dan meloloskan diri daripada mana-mana kawalan pemain lawan untuk menerima bola tersebut

Minit 58 : Baddrol memberi amaran berbahaya kepada benteng Tok Gajah apabila hampir kesemua sepakan penjuru beliau setakat ini hampir-hampir memberikan gol kepada tuan rumah. Kali ini beliau berjaya mencari Khyril Muhymeen dan Khyril menanduk nipis bola tersebut ke belakang namun berjaya ditepis keluar oleh Penjaga Gol pelawat

Minit 61 : Dollah Salleh membuat pertukaran pertama buat pasukannya apabila mengeluarkan R.Karthigersu yang kelihatan sangat longlai sebagai penyerang dan memasukkan penyerang muda Famirul Ashraf

Minit 62 : Baddrol sempat melepaskan satu rembatan namun ianya tersasar dari sasaran hasil lambungan pendek Khyril Muhymeen dari luar kotak penalti

Minit 66 : Sayap kanan pelawat, Azamuddin Mat Akil melepaskan satu rembatan namun ianya liar dan jauh tersasar

Minit 70 :
Anak legenda bolasepak negara, Mohd Zaiza Zainal Abidin dikeluarkan akibat kecederaan "hamstring" dan digantikan oleh Mohd Hazri Rozali

Minit 71 : Khyril Muhymeen hampir-hampir menambah margin gol buat Tuan Rumah apabila membuat larian solo dari tengah padang dan berjaya melepasi kawalan 3 pemain pertahanan Tok Gajah. Beliau berjaya melepaskan rembatan leret yang menyaksikan ianya hanya sedikit sipi dari tiang gol kanan pelawat. Sekiranya masuk, ia seharusnya menjadi antara detik yang paling manis dalam karier beliau. Tidak ramai pemain di dunia ini yang mampu menjaringkan gol melalui larian solo dari tengah padang. Pujian harus dilontarkan juga kepada Amar Rohidan yang pantas membuat tolakan kepada Khyril

Minit 72 :
Khyril Muhymeen sekali lagi memperolehi peluang keemasan tetapi mensia-siakan dua peluang yang terhidang secara berturut menerusi punca serangan yang sama. Pertamanya, beliau gagal menyudahkan peluang 1-by-1 dengan penjaga gol pelawat apabila Rosfaizol berjaya menepis rembatan Khyril namun bola tersebut sampai kepada Baddrol yang tanpa melengahkan masa membuat lintangan ke dalam kotak penalti. Khyril Muhymeen yang langsung tidak dikawal oleh mana-mana pemain pelawat, seharusnya meletakkan Kedah dengan gol kedua tetapi "free header" lemah oleh beliau menyaksikan Radhi Mat Din menggelengkan kepala

Minit 77 :
Mohd Faizal Abu Bakar menjadi pemain tuan rumah pertama yang dilayangkan kad kuning apabila melakukan bentesan yang langsung tidak penting ke atas pemain pelawat

Minit 78 :
Dollah Salleh membuat pertukaran terakhir dengan memasukkan Abdul Malik Mat Ariff bagi menggantikan Shahrizan Mohd Salleh

Minit 82 : Azamuddin Akil hampir-hampir menjadi duri dalam daging buat Tuan Rumah apabila berjaya memperdayakan Shafizan Hashim dengan melakukan larian memecah masuk ke dalam kotak penalti Kedah dan terus menghantar bola secara leret kepada rakan sepasukan iaitu Mohd Hazri Rozali. Hazri kemudiannya melakukan "tapping" mudah namun ianya sekadar sedikit sipi dari tiang gol kiri Kedah. Terselamat gawang Tuan Rumah daripada dihampakan di saat-saat akhir

Minit 82 :
Radhi Mat Din membuat pertukaran terakhir dengan mengeluarkan Khyril Muhymeen Zambri yang jelas tidak mempunyai tuah di dalam perlawanan ini dan memasukkan penyerang skuad Olimpik negara, Ahmad Shakir Ali

Minit 84 : Tuan Rumah sekali lagi hampir menambah jaringan apabila bola rendah oleh Baddrol sampai ke kaki Shakir yang terus melakukan rembatan kencang ke arah gol Tok Gajah namun Nazrulerwan berjaya menahan bola tersebut daripada menerjah gawang pasukannya. Malangnya bola tersebut melambung hingga sampai kepada Mohd Fiqry Mat Isa yang dengan pantas melakukan voli. Seluruh stadium menyangkakan bola tersebut akan menerjah ke dalam gawang pelawat namun Penjaga Gol menafikan percubaan pemain muda Kedah itu dan memberikan sepakan penjuru kepada Kedah

Minit 89 : Baddrol Bakhtiar dilayangkan kad kuning

Minit 90 + 3 : Wisel penamat perlawanan



Line up kedua-dua pasukan :



KEDAH
1-Mohd Helmi Eliza Elias (PG), 2-Mohd Fauzie Nan (K), 3-Shahril Faizal Shariffuddin, 6-Shafizan Hashim, 7-Baddrol Bakhtiar, 8-Amar Rohidan, 9-Mohd Azmi Muslim, 14-Azlan Ismail (19-Mohd Faizal Abu Bakar), 18-Muhd Khyril Muhymeen Zambri (12-Ahmad Shakir Ali), 21-Sabree Mat Abu (17-V.Thirumurugan), 28-Mohd Fiqry Md.Isa

Pemain simpanan yang tidak digunakan KEDAH
11-Ahmad Fauzi Shaari, 13-Khairul Helmi Johari, 23-Mohd Firdaus Mohd Fauzi, 25-Abdul Hadi Abdul Hamid (PG)

Pemain Digantung Pasukan KEDAH

Tiada


PAHANG

1-M.Rosfaizol (PG), 2-Jalaluddin Jaafar (K), 3-Mohd Saiful Nizam, 5-Nazrulerwan Makmor, 9-R.Karthigersu (11-Famirul Ashraf), 12-Azamuddin Mat Akil, 13-Mohd Fazli Baharudin, 16-Mohd Alafi Mahmud, 17-Mohd Zaiza Zainal Abidin (6-Mohd Hazri Rozali), 20-Mohd Shahrizan Mohd Salleh (15-Abdul Malik Mat Ariff), 21-Mohd Munir Amran

Pemain simpanan yang tidak digunakan PAHANG
7-R.Surendran, 8-Amirullah Abdul Razak, 18-Mohd Syawal Norsam, 25-Mohd Suffian (PG)

Pemain Digantung Pasukan PAHANG

Tiada


Pegawai Pasukan KEDAH :

Ketua Jurulatih : Haji Radhi Mat Din (Pemangku)
Pengurus Pasukan : Dato' Haji Khazali Haji Din

Pegawai Pasukan PAHANG :


Ketua Jurulatih : Dollah Salleh
Pengurus Pasukan : Dato' Che Nasir Salleh


Pegawai Pertandingan :


Pengadil : Suhaimi Mat Hassan
Penolong Pengadil 1 : Azmi Khalid
Penolong Pengadil 2 : Naimuldin Haron
Pegawai ke 4 : Haslimi Saidin
Kommisioner Perlawanan : Mat Lazim Awang Hamat
General Koordinator : Shahrin Ismail
Pegawai Media :


STATISTIK PERLAWANAN


KEDAH / PAHANG

Percubaan Tepat 6 / 2
Percubaan Tersasar 11 / 4
Sepakan Penjuru 6 / 1
Sepakan Percuma 9 / 20
Kesalahan Dilakukan 16 / 8
Ofsaid 4 / 1
Kad Kuning 2 / 1
Kad Merah 0 / 0


KEPUTUSAN PENUH :


KEDAH 1 - 0 PAHANG


HIJAUKUNING.COM Man Of The Match : Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Formasi KEDAH @ 5-1-3-1


Mie Yeh (GK)


Sabree (Thiru) (RWB) / Boy (CB) - G-nan (CB) - Pelam (CB) / Mie Lim (LWB)


Amar (DM)


Meen (Sepet) (RW) / Fiqry (CM) / Bad (LW)


Lan (Meen) (Shakir) (SC)



Formasi PAHANG @ 4-4-2


Rosfaizol (GK)


Saiful (RB) /
Zaiza (Hazri) (CB) / Nazrulerwan (CB) / Munir (LB)


Azamuddin (RW) / Jalaluddin (DM) /
Shahrizan (Malik) (AM) / Fazli (LW)


Karthigersu (Famirul) (ST) / Alafi (ST)




Notes : GK - Goalkeeper, CB - Centre Back, RWB - Right Wing Back, LWB - Left Wing Back, RB - Right Back, LB - Left Back, RW - Right Wing, DM - Defensive Midfielder, CM - Central Midfielder, AM - Attacking Midfielder, LW - Left Wing, SC - Striker Centre, ST - Striker

sumber : HKC

Tuesday, April 12, 2011

Negeri Sembilan 0 Kedah 2

Line Up

Mie Yeh (7)

Boy (7) Gnan (7) Pelam (7) Azmi (7)

Sabree (6.5) Fiqry (6) Amar (8) Baddrol (7)

Azlan (7) Meen (7)



Pertukaran

Sepet (7) --> Azlan (7) - Minit-46

* Markah dalam kurungan adalah pendapat peribadi saya.

Catatan permainan

Separuh Masa Pertama

Min 14 - Percubaan Shafik Adha tinggi.
Min 16 - Sepakan Percuma Aidil Tinggi.
Min 17 - Percubaan S. Kunalan Tersasar.
Min 19 - Sepakan Percuma NS tidak menepati sasaran.
Min 22 - Hantaran ke belakang pemain pertahanan NS kepada Farizal sedikit mencemaskan gawang NS apabila diasak oleh Meen.
Min 24 - Kedah melepaskan peluang menjaringkan gol apabila Sabree Abu gagal menyambut hantaran lintang Azlan. Gerakan asal dimulakan oleh Sabree apabila berjaya merampas bola daripada pemain tengah NS seterusnya melancarkan serangan balas pantas ke arah gawang NS.
Min 25 - Tandukan pemain NS hasil sepakan sudut, tepat kepada Helmi.
Min 39 - Penyerang NS berjaya melepaskan diri dan cuma satu lawan satu dengan Helmi tetapi rembatannya tepat ke dakapan Helmi.
Min 42 - Sepakan percuma Irwan Fadzli sipi (side netting)
Tambahan masa dua minit diberikan.
Min 46 - Tandukan Azlan tepat kepada Farizal.

Statistik Separuh masa pertama

Sepakan Sudut
Kedah - 1
NS - 1

Offside
Kedah - 0
NS - 0

Percubaan Tepat
Kedah - 1
NS - 3

Percubaan Tersasar
Kedah - 0
NS - 5

* Catatan saya bermula dari minit ke-10 kerana agak lewat tiba.

Separuh Masa Kedua

Min 46 - Percubaan Shahruain serong di sebelah kiri gawang Kedah
Min 49 - Baddrol Dilayangkan Kad Kuning kerana tackle keras.
Min 51 - Sabree Abu terperangkap offside hasil gerakan cantik Kedah secara berpasukan dari tengah padang.
Min 54 - Azlan berjaya melepaskan diri daripada pertahanan NS tetapi agak gopoh melakukan penyudah dan akhirnya percubaan beliau tinggi di sebelah kanan gawang NS.
Min 56 - Fakri berjaya melakukan satu turning cantik mengelirukan Pelam tetapi rembatan padu beliau tepat kepada Helmi.
Min 61 - GOL ! Amar berjaya mencuri bola dari Fakri ketika NS menyerang dan terus melambung jauh ke kawasan NS untuk serangan balas pantas. Azlan berjaya mengatasi terjahan Aidil dan berjaya melepaskan rembatan rendah padu dalam keadaan satu lawan satu dengan Farizal untuk gol pertama Kedah.
Min 69 - Azlan dan Shukor Adan dilayangkan kad kuning kerana bergaduh.
Min 70 - Helmi berjaya menyelamatakan cubaan kencang Shahruain yang hampir-hampir memberikan gol penyamaan.
Min 76 - Shahril Faizal dikenakan kad kuning akibat terjahan keras.
Min 80 - Amar berjaya menyelamatkan bola di atas garisan gol tandukan pemain Negeri Sembilan hasil lintangan dari sebelah kiri gawang Kedah.
Min 87 - GOL !Kredit Kepada Meen yang berjaya mencuri bola daripada kaki pertahanan NS seterusya membawa masuk ke dalam kotak penalti sebelum dijatuhkan oleh Farizal tetapi lantunan insiden berkenaan tepat kepada Sepet yang bijak melambungkan melepasi Farizal dan Bad dengan mudah menanduk masuk dalam gawang yang luas ternganga.
Tambahan masa dua minit diberikan

Statistik Separuh masa kedua

Sepakan Sudut
Kedah - 1
NS - 2

Offside
Kedah - 4
NS - 1

Percubaan Tepat
Kedah - 2
NS - 3

Percubaan Tersasar
Kedah - 2
NS - 4

Kad Kuning
Kedah 3
- Baddrol minit-49
- Azlan minit-69
- Shahril Faizal minit-76


Ulasan Ringkas

Persembahan separuh masa pertama nampaknya seperti perlawanan-perlawanan lepas namun yang membezakan ialah kelihatan semangat pemain Kedah jelas berbeza. Seperti ada sesuatu yang ingin mereka ingin sampaikan.

Negeri Sembilan lebih banyak menguasai bola terutamanya bahagian tengah yang dikuasai terus oleh pemain NS. Fiqry gagal memainkan peranan besar di department ini tetapi ketumpulan penyudah menyaksikan NS gagal menjaringkan gol. PErsembahan mantap barisan bawah Kedah jelas mengecewakan NS.

Persembahan separuh masa kedua lebih bertenaga bagi Kedah. Banyak perubahan berlaku dan Kedah mula memberikan tekanan, namun kegagalan menguasai bahagian tengah mengakibatkan Kedah sukar bergerak dengan lebih baik. Namun kebijaksanaa pemain Kedah memanfaatkan kesilapan pemain NS memberi hasil yang lumayan. Kemasukan Sepet jelas memberi suntikan baru kepada jentera depan Kedah.

Akhirnya kemenangan yang dicari berjaya dijelmakan untuk menutup kritikan banyak pihak.

Tahniah !

sumber : HKC

Dilemma Panjaga Gol Malaysia



Semalam saya ada menonton live Perak vs Kelantan. Keputusan 4-0 adalah sesuatu yang agak luar biasa di mana Kelantan selaku penyandang Juara Piala Malaysia juga menurunkan penjaga gol no 1 negara 'APEK' kelihatan gagal mengekang PERAK. Kalau diikutkan statistik, Kelantan lebih byk mengasak tetapi kecekapan Nasrul berjaya menafikan asakan2 tersebut. Sebaliknya Perak yang sesekali mencuba pula berjaya memecah benteng Kelantan.

Menyorot kembali bekas2 penjaga gol Malaysia yang terdahulu (selepas era kegemilangan R Arumugam), semuanya tidak konsisten.

Khairul Azman
- melepaskan gol mudah ketika bertemu LAOS pada Sukan SEA Manila 1997

Azizon Kadir
- banyak melepaskan gol ketika Piala Asia 2007.

Helmi Eliza
- cemerlang ketika bertemu CHELSEA tetapi melepaskan gol mudah ketika Piala AFF 2008 & Piala Sumbangsih 2009.

Syamsuri Mustafa
- skuad negara dibelasah UAE ketika pra Piala Asia KL 2009.

Farizal Marlias
- cemerlang ketika bertemu MAN UTD tetapi prestasi merudum selepas itu

Sharbinee
- cemerlang ketika Sukan SEA 2009 tetapi melepaskan 5 gol ketika perlawanan pembukaan Piala AFF 2010

APEK @ Khairul Fahmi
- cemerlang ketika Piala AFF 2010 tetapi melakukan kesilapan yang membahayakan pasukan ketika Pra Olimpik dan Liga Super.

Persoalannya sekarang apa dah jadi dengan APEK ditambah apabila melihat pada gol ke3 Perak, APEK melepaskan bola mudah tendangan lemah AKMAL. Apakah beliau sudah termasuk dalam 'SUMPAHAN' Penjaga gol malaysia ???

Sama2lah kita tunggu & lihat

Friday, April 8, 2011

Perlis vs Kedah

Kalau ikut apa yg dikatakan RMD kat metro, beberapa perubahan akan dilakukannya apabila National Player gagal menyerlah. National player ? Sapa lagi kalau bukan Sepet & Sabree. Ok la tu. Meen pulak injured. So, 3 org yang dijangka masuk adalah lan Mail, Fikri & Spidot. Kita tgk malam ni

Wednesday, April 6, 2011

KFA tawar dua pilihan pada Ahmad

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) menawarkan dua pilihan kepada Ketua Jurulatih, Ahmad Yusof sama ada terus bersama KFA dengan menerapkan beliau ke jabatan lain, atau menerima lamaran negeri lain yang mahukan khidmatnya.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, KFA tidak pernah memecat Ahmad, sebaliknya beliau masih dalam tempoh bercuti.

“Kenyataan bahawa Ahmad dipecat tidak benar, KFA tidak pernah memecat beliau kerana kita masih dalam peringkat perbincangan,” katanya.
alt
Menurutnya, tindakan Jawatankuasa Tetap Pengurusan Pasukan Negeri menyenaraikan calon jurulatih baru adalah sebagai persediaan awal memilih jurulatih, selepas khidmat Pemangku Jurulatih, Mohd Radhi Mat Din berakhir setelah dua minggu memikul tanggung jawab itu.

“Kita perlu mengisi kekosongan jawatan itu dalam tempoh dua minggu, sebab itu kita senaraikan calon yang layak. Namun pada masa sama, tidak berhasrat memecat Ahmad, kerana Ahmad masih belum memberi kata putus sama ada kekal bersama KFA atau terima lamaran pasukan lain,” katanya.

Mengulas mengenai ura-ura mengatakan Ahmad bakal dilamar pasukan Pulau Pinang, Dr Hamdan berkata, KFA tiada masalah untuk melepaskan Ahmad jika beliau berhasrat untuk bersama pasukan pulau mutiara itu.

“Jika Ahmad mahu bersama Pulau Pinang, kita tak akan halang, malah akan permudahkan proses itu memandangkan beliau masih terikat pada kontrak KFA,” katanya.

Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) perlu mengemukakan surat kebenaran untuk mendapatkan khidmat Ahmad kepada KFA untuk tindakan lanjut.

“Kita masih berbincang dengan Ahmad mengenai perkara ini, dan KFA bersedia melepaskan beliau jika itu pilihan dia. Ahmad berhak buat keputusan dan kami akan terima dengan hati terbuka,” katanya.
Laporan berjudul 'KFA pecat Ahmad Yusof' dan laporan perenggan pertama, 'akhirnya Ketua Jurulatih, Ahmad Yusof dipecat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), berkuat kuasa semalam, adalah tidak benar. Sehubungan itu, Sinar Harian memohon maaf kepada KFA dan Ahmad Yusof.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8946474.asp (07/04/2011)

Tuesday, April 5, 2011

KFA pecat Ahmad Yusof



SELEPAS direhatkan berikutan aksi hambar pasukan Kedah dalam saingan Liga Super, akhirnya Ketua Jurulatih, Ahmad Yusof dipecat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), berkuat kuasa semalam.

Keputusan itu diambil selepas Jawatankuasa Tetap Pengurusan Pasukan Negeri bermesyuarat untuk memastikan skuad Hijau Kuning sentiasa konsisten dan positif dalam saingan liga Malaysia.

Pada masa sama, jawatankuasa mesyuarat sebulat suara menyenaraikan beberapa nama jurulatih sebagai pengemudi baru skuad Hijau Kuning.

Timbalan Presiden KFA, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, antara nama yang disenaraikan ialah bekas jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, Stefiano de Girro dan Khaidir Buyong.

“Selain itu kita juga menyenaraikan P Ghanasarmoorthy dan Abdullah Hassan. Senarai nama ini telah dikaji secara menyeluruh dan siapakah yang bakal mengemudi Kedah akan diumumkan kelak,” katanya

sumber : SINARHARIAN

Kedah 1 JFC 2

Geram subgguh tgk game semalam. Tgk line-up yg sama ketika bertemu KL Sabtu lepas, hati dah tertanya-tanya apakah taktikal Hj Radhi sebenarnya? Persembahan Sepet & Sabree tak berubah dengan apa yang dipertontonkan ketika bertemu KL. Dan hasilnya mereka dikeluarkan awal menggantikan Azlan & Spidot, sama seperti apa yang berlaku dengan KL !!! Tak kan Hj Radhi tak perasan atau sengaja memberu peluang kedua atau mereka ni anak emas Kedah ???

Sepet dengan aksi longlai dan sering-kali tersangkut bola manakala Sabree yang tak dak arah tujuan. Sejak bertemu KL, Keon juga kelihatan gugup dan kekurangan idea.

Bad lebih sesuai bermain di sayap dengan Spidot manakala Azlan pair dengan Meen. Coach... cuba try tengok. Mungkin coach lebih arif ... wallahualam.

Tentang gol JFC, memang kedua-dua gol itu cantik dan sukar diselamatkan oleh Hadi, tapi pertahanan yang sepatutnya dipersalahkan. Membiarkan player JFC merayau-rayau diluar kotak penalti adalah sesuatu yang sukar diterima. Jangan ingat gol hanya boleh dijaringkan dari dalam kotak penalti saja.

Diharap ini memberi pengajaran kepada coach dan players. Kekalahan pertama di darulaman untuk season ni.

Kedah perlu kekal rentak

Oleh Bashah Zainol Abidin

BARISAN pemain Kedah perlu memastikan mereka dapat mengekalkan rentak kemenangan ketika bertemu Johor FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Darulaman malam ini, demikian kata Radhi Mat Din pengendali pasukan ketika ketua jurulatih Ahmad Yusoff direhatkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Menurutnya, prestasi anak buahnya ketika mengatasi Kuala Lumpur Sabtu lalu sudah mula menampakkan peningkatan khususnya pada separuh masa kedua dan ini pasti mencerahkan harapan mereka meraih kemenangan ketiga berturut-turut.


“Pemain Kedah perlu mengambil kesempatan beraksi di hadapan peminat setia mereka sendiri bagi meneruskan kecemerlangan rentak kemenangan pada perlawanan esok (malam ini) bertemu Johor FC untuk terus memperbaiki kedudukan pada tangga liga.

“Barisan pemain muda saya gagal beraksi dengan keupayaan sebenar pada separuh masa pertama tetapi kesungguhan mereka mencari kemenangan memastikan mereka berjaya melakukannya di Stadium Cheras, Sabtu lalu.

source : HMETRO


Saturday, April 2, 2011

KL 0 Kedah 1





Kehadiran Tok Moh yang sering mencuri tumpuan



Khazali Din boleh jalan da...


Line Up

Hadi
Thiru(Pelam) G-Nan Keon Mie Lim
Sabree(Spidot) Pak Long Amar Sepet(Azlan)
Bad Meen

Perlawanan bermula dengan KL cuba mengasak ke pintu gol KEDAH manakala KEDAH hanya sekali-sekala membuat counter attack. Beberapa tindakan Hadi yang teragak2 hampir membawa padah pada awal perlawanan.

Lebih kurang 15minit perlawanan berlangsung barulah ada beberapa percubaan merbahaya dari KEDAH terutamanya dari Meen.

Tamat separuh masa pertama, kelemahan KEDAH dikesan dari aksi Sepet (lembik, hilang bola, tak dak idea) & Sabree (cam biasa dok melilau)

Masuk separuh masa kedua, Spidot masuk menggantikan Sabree, barulah ada kesan di bahagian serangan. Namun KL pulak cuba control game dan mengasak. KEDAH hanya sekali-sekala buat counter attack.

Meen hampir menjaringkan gol bila one by one ngan keeper tapi defend KL menjadi penghalang. Lepas tu giliran Bad pulak tapi beliau agak lambat. 2-3 minit kemudian Bad try lagi dengan aksi bicycle kick tapi bola melewati palang.

Pelam masuk menggantikan Thiru yang mungkin cedera. Lebih kurang min ke 80 barulah Lan Mail masuk menggantikan Sepet yang hilang punca. Formasi lebih tersusun di mana KEDAH menyerang bertubi2. Lagi 2-3 min nak habis KEDAH berjaya jugak menjaringkan gol bila Mie Lim membuat satu lambungan memperdayakan keeper KL.

Perlawanan ditamatkan selepas satu insiden pergaduhan di masa tambahan.

Kesimpulan
1. Formasi terakhir dilihat paling sesuai di mana Lan Mail menjadi striker dgn dibantu oleh Bad (Bad tak sesuai diletakkan sebagai striker utama).
2. Meen lebih menonjol bila bermain wing kiri mana Spidot di sebelah kanan.
3. Sepet & Sabree semakin celaru (cam mana leh main Malaysia tak tau)
4. Tindakan teragak2 Hadi adakala boleh membawa padah.

Sekian dulu laporan dari std KLFA Cheras