Saturday, March 6, 2010

Stadium kosong

Baru2 ni tgk game penang selangor kat TV, bukan tak ok. Penang main bersungguh2 tapi stadium kosong. Gaya penyokong di Malaysia ni, tunggu menang baru turun ke stadium.

Media.... susah nak cakap la

KEPUTUSAN LIGA SUPER - 6 MARCH 2010 ( Sabtu )


Johor FC 2 - 1 Pahang
Negeri Sembilan 3 - 2 Perlis
Kuala Lumpur 2 - 1 Johor Pasir Gudang
KL PLUS 0 - 1 Terengganu
Pulau Pinang 1 - 1 Perak
Selangor 4 - 0 Kedah
T-Team 0 - 1 Kelantan




Selangor 4 Kedah 0

Azlan Ismail...Penyerang Kedah melayan penyokong² dari Ultras Kedah@Kenari Fans Squad...TQ Azlan...U have an attitude as a football player...Keep it Up Bro... Kenari Fans Squad facebook


Nampaknya coach seperti tersalah UMPAN
masukkan player lawan KELANTAN bermakna kita akan bermain corak bertahan
Tapi SELANGOR bukan KELANTAN beb....
Dah kena 2-3 bijik baru nak tukaq taktik... susah la

Sepet sepatutnya dari awal lagi main kat tempat SAM
SAM main tempat BAD
MIE LIM bagi reserve utk NATIONAL duty jer
BAD main tempat MIE LIM

ARULLLL... kita mmg tpaksa letakkan dia kat situ, no choice
PELAM main tempat SABRU
SABRU main tempat BOY
BOY reserve

Baru la SELANGOQ tak leh bermaharaja lela
HAMPEH

Wednesday, March 3, 2010

Anak buah Rajagobal seri jumpa Albirex


Penyerang Malaysia Sharani Ahmad Fakri (kanan) menggelecek pemain pertahanan Albirex Niigita FC, Mitsuki pada aksi persahabatan di Stadium Pusat Sukan Jurong East, Singapura, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


SINGAPURA - Malaysia masih mempertahankan rekod cemerlang perlawanan antarabangsa selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Albirex Niigata FC dari Jepun di Kompleks Sukan Jurong East di sini, semalam.

Jurulatih, K. Rajagobal menganggap keputusan persahabatan itu adil untuk anak-anak buahnya walaupun mereka sepatutnya mengatasi kelab yang beraksi dalam Liga-S itu selepas menguasai hampir keseluruhan perlawanan tersebut.

Beliau berkata, kegagalan memanfaatkan beberapa peluang keemasan yang terhidang di depan pintu gol banyak menjadi pengajaran berguna buat para pemain muda negara.

"Inilah akibatnya kalau kita tidak manfaatkan peluang yang diberikan dan kemenangan sudah tentu bukan menjadi milik kita.

"Jelas para pemain masih belum cukup agresif dan tidak memiliki daya pemusnah di depan pintu gol walaupun berjaya mencipta beberapa peluang menarik pada kedua-dua separuh masa," katanya yang ditemui selepas perlawanan tamat.

Malaysia menerusi rangkaian penyerang Zaquan Adha Abdul Radzak dan Ahmad Fakri Saarani patut menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyudahkan beberapa peluang keemasan di depan pintu gol lawan.

Keputusan seri itu jelas merencat rekod cemerlang perlawanan antarabangsa yang berterusan sejak 30 Disember lalu apabila menumpaskan Yemen 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Malaysia yang menguasai babak kedua permainan sewajarnya dapat mendahului Albirex Niigata FC pada minit ke-70, namun cubaan Mohd. Zaquan Adha sipi di pintu gol walaupun penjaga lawan sudah tertewas.

Rajagobal menegaskan, anak buahnya masih memerlukan perlawanan persahabatan antarabangsa kompetitif setiap bulan dalam usaha membentuk skuad yang lebih mantap pada masa akan datang.

Menurut beliau, menerusi perlawanan tersebut, dia dapat melihatkan perkembangan karakter pemain selain memberi pendedahan lebih luas kepada mereka.

Beliau turut yakin anak buahnya mampu menjadi lebih kreatif sekiranya kerap diberi peluang menimba pengalaman bertemu pasukan luar.

"Pemain muda ini memerlukan perlawanan antarabangsa yang lebih kerap sekurang-kurang dua kali setiap bulan bagi meningkatkan keyakinan diri mereka.

"Mereka bertuah hari kerana dapat bertemu kelab yang beraksi dalam Liga-S yang terdiri daripada semua pemain Jepun untuk mempelajari bagaimana pasukan itu bermain agresif dan laju dalam perlawanan itu," katanya.

Mengulas perbezaan perlawanan antara kelab Jepun itu dan Yemen, Rajagobal berpendapat, Albirex Niigata FC merupakan sebuah pasukan yang mantap manakala beraksi menentang Yemen di gelanggang sendiri memberi satu persekitaran berbeza kepada anak buahnya. - Utusan