Tuesday, February 15, 2011

Kedah 0 Perak 0

KEDAH vs PERAK
Selasa, 15 Februari 2011
Stadium Darulaman, Alor Setar
Perlawanan ke 4 Liga Super Malaysia 2011
Kehadiran penyokong : Sekitar 8,000 orang




Detik-detik penting :

Separuh masa pertama

Minit 6 : Ahmad Shakir Ali melepaskan suatu rembatan leret kencang tetapi jauh tersasar daripada bahagian kanan pintu gol Perak

Minit 14 :
tandukan tajam Mohd Fazrul Hazli hasil sepakan percuma Mohd Syazwan Mohd Roslan di luar kotak penalti Kedah sekadar melepasi palang gol Kedah

Minit 15 : kuisan ke belakang oleh Ahmad Shakir Ali hampir menghadiahkan gol kepada Kedah tetapi berjaya dihalang dengan baik oleh Mohd Khairi Zainuddin. Berpunca daripada hantaran pendek Mohd Firdaus Faudzi daripada dalam kotak penalti Perak

Minit 16 : Baddrol Bakhtiar melepaskan voli rendah tetapi agak lemah dan ditangkap dengan mudah oleh Penjaga Gol Perak, Mohd Nasril Nourdin

Minit 17 : Muhd Shafiq Jamal meloloskan diri daripada kawalan Mohd Fauzie Nan dan berjaya melepaskan rembatan leret tetapi lemah yang mudah ditangkap oleh Penjaga Gol Kedah, Mohd Al-Hafiz Hamzah. Ia berpunca daripada lintangan bola oleh Mohd Fazrul Hazli daripada kawasan pertahanan kiri Kedah.

Minit 18 : Akmal Rizal Ahmad Rakhli berjaya memperdayakan Mohd Fauzie Nan apabila berjaya membuat rembatan rendah ke arah Al Hafiz sekali lagi menerusi bola lintang oleh sayap kanan Perak, Mohd Fazrul Hazli

Minit 23 : Kedah memperolehi sepakan percuma 25 meter dari gol Perak. Disempurnakan dengan baik oleh Baddrol Bakhtiar dengan melencongkan bola yang seakan-akan mampu membenam Nasril Nourdin tetapi hanya sedikit sahaja melepasi palang gol Perak. Sepakan percuma yang cukup mendebarkan setiap penonton di dalam stadium.

Minit 25 : Pertahanan tengah Perak, Mohd Khairi Zainuddin dilayangkan kad kuning pertama perlawanan apabila membentes keras Ahmad Shakir Ali dari belakang

Minit 37 : Sayap kanan Kedah, Mohd Firdaus Faudzi dikeluarkan dan digantikan oleh Khyril Muhymeen Zambri. Kemasukan Khyril Muhymeen benar-benar memberi impak kepada jentera serangan tuan rumah! Suatu keputusan bijak oleh Haji Ahmad Yusof.

Minit 43 : GOL !!! Tetapi tidak dikira akibat offsaid. Gol jaringan V.Thirumurugan dibatalkan kerana berada di dalam posisi offsaid. Berpunca daripada rembatan kencang Mohd Azmi Muslim daripada sebelah kiri padang tetapi tidak tepat ke arah gol Perak dan dengan pantas disambar oleh Thiru yang menyambut bola tersebut dan hanya merembat mudah ke dalam gol Perak. Namun Penjaga Garisan telah mengangkat bendera menandakan Thiru sudah pun offsaid. Kecewa seluruh kem Kedah.

Minit 45 : Perak membuat pertukaran pertama bagi pasukan itu dengan mengeluarkan pertahanan kanan mereka, Mohd Noor Hazrul dan digantikan oleh Azmeer Yusof

Minit 45 + 2 : Wisel penamat bagi separuh masa pertama

* bekas kapten dan pemain Kedah, Shahrulnizam Mustapha diberikan tepukan gemuruh dan "standing ovation" oleh penyokong-penyokong Kedah di bahagian astaka sewaktu beliau berjalan menuju ke bilik persalinan


Separuh masa kedua

Minit 46 : Ketika kebanyakan penonton mula mengambil tempat duduk, secara tiba-tiba Baddrol Bakhtiar hampir-hampir mencatat nama sebagai penjaring gol sulung perlawanan apabila berjaya melepaskan satu rembatan leret kencang tetapi mengenai hujung jari Nasril Nourdin dan menghadiahkan sepakan penjuru kepada tuan rumah. Kredit kepada Azmi Muslim kerana membuat lorongan sempurna yang tepat pada masanya kepada Baddrol Bakhtiar.

Minit 47 : Azmi Muslim berjaya melepasi kawalan pertahanan Perak apabila menanduk bola ke arah gol Perak yang hanya sedikit tersasar daripada palang gol hasil sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar.

Minit 56 : Haji Ahmad Yusof membuat satu lagi pertukaran pemain apabila mengeluarkan Ahmad Shakir Ali yang tampak kekeringan idea dan digantikan oleh Azlan Ismail.

Minit 57 : Sentuhan pertama Azlan Ismail di atas padang hampir-hampir merubah keadaan apabila mempunyai peluang 1-by-1 dengan Nasril Nourdin. Tetapi kegopohan dan tiada ketenangan menyaksikan beliau "misskick" dan telah membazirkan peluang terbaik perlawanan. Kecerdikan beliau dalam melarikan diri daripada kawalan Khairi Zainuddin adalah sesuatu yang sangat dipuji dan ketika bebas daripada mana-mana halangan oleh mana-mana pemain Perak, beliau sepatutnya sudah meletakkan Kedah di hadapan. Namun peluang tersebut disia-siakan dan sekadar menyaksikan Perak memperolehi sepakan gol. Peluang itu dicipta oleh Mohd Azmi Muslim yang bijak membaca larian Azlan Ismail dan menghantar bola menerusi hantaran jauh yang sampai tepat ke kaki Azlan.

Minit 58 : Khyril Muhymeen berjaya melepaskan rembatan leret ke arah bahagian kiri gol Perak hasil hantaran pendek Baddrol Bakhtiar. Tetapi ianya langsung tidak membahayakan Nasril Nourdin

Minit 59 : Azmi Muslim berjaya melorongkan bola kepada Baddrol Bakhtiar tetapi rembatannya jauh tersasar. Bola tersebut seharusnya dihantar kepada Khyril Muhymeen di sebelah kanan yang langsung tidak dikawal oleh pemain Perak dan mempunyai ruang untuk mencipta gerakan susulan

Minit 62 : Rembatan jarak jauh Azmi Muslim sekadar tersasar ke bulan!

Minit 70 : Shahril Faizal Shariffuddin dikeluarkan dan digantikan oleh pemain kebangsaan, Amar Rohidan

Minit 71 : Baddrol Bakhtiar dilayangkan kad kuning apabila membentes Khairi Zainuddin dengan kasar daripada tepi. Semakin keras permainan Baddrol Bakhtiar pada musim ini.

Minit 81 : Isma Alif Mohd Salim dikeluarkan dan digantikan oleh Mohd Shazuan Mathews

Minit 83 : Pemain Perak, Azmeer Yusof dilayangkan kad kuning akibat mengasari kapten Kedah, Ahmad Fauzi Shaari

Minit 84 : Wan Hossen Wan Abd.Ghani dibawa masuk menggantikan bekas pemain Kedah, Muhd Shafiq Jamal

Minit 87 : Pemain Perak, Mohd Hisyamudin M.Shaari dilayangkan kad kuning setelah menerima amaran lisan ke 3 dan menghadiahkan sepakan percuma kepada Kedah.

Minit 87 :
Baddrol Bakhtiar sekali lagi hampir-hampir mencatat nama sebagai penjaring apabila sepakan percumanya ditumbuk keluar oleh Nasril Nourdin. Sepakan tajam beliau mampu mengelirukan mana-mana penjaga gol dan itulah yang berlaku ke atas Nasril Nourdin yang terpaksa menumbuk keluar bola tersebut. Teknik sepakan percuma Baddrol Bakhtiar semakin menemui sentuhannya.

Minit 88 : Baddrol Bakhtiar berjaya melintangkan bola sepakan penjurunya kepada Azmi Muslim dan terus menanduk ke arah gol Perak namun sedikit tersasar.

Minit 90 + 3 : Wisel penamat perlawanan



Line up kedua-dua pasukan :


KEDAH
2-Mohd Fauzie Nan, 7-Baddrol Bakhtiar, 3-Shahril Faizal Sharifuddin (8-Amar Rohidan), 9-Mohd Azmi Muslim, 11-Ahmad Fauzi Shaari (K), 12-Ahmad Shakir Ali (14-Azlan Ismail), 13-Khairul Helmi Johari, 17-V.Thirumurugan, 21-Mohd Sabree Mat Abu, 22-Mohd Al Hafiz Hamzah (PG), 23-Mohd Firdaus Mohd Faudzi (18-Khyril Muhymeen Zambri)

Pemain simpanan yang tidak digunakan KEDAH
6-Shafizan Hashim, 24-Wan Mohd Asraf Wan Ali, 25-Abdul Hadi Abdul Hamid (PG), 26-Hattaphon Bun An

Pemain Digantung Pasukan KEDAH
19-Mohd Faizal Abu Bakar


PERAK
3-Mohd Khairi Zainuddin, 6-Mohd Syazwan Mohd Roslan, 8-Shahrulnizam Mustapha (K), 9-Muhd Shafiq Jamal (13-Wan Hossen Wan Abd.Ghani), 14-Akmal Rizal Ahmad Rakhli, 16-Mohd Fazrul Hazli, 17-K.Nanthakumar, 19-Mohd Noor Hazrul (15-Azmeer Yusof), 22-Isma Alif Mohd Salim (30-Mohd Shazuan Mathews), 24-Mohd Hisyamudin M.Shaari, 25-Mohd Nasril Nourdin (PG)

Pemain simpanan yang tidak digunakan PERAK
4-Mohd Syahman Zainuddin, 21-Kamarul Effandi (PG), 26-Muhd Nurridzuan A.Hassan, 28-Mohd Nasir Basharuddin

Pemain Digantung Pasukan PERAK

Tiada


Pegawai Pasukan KEDAH :


Ketua Jurulatih : Haji Ahmad Yusoff
Pengurus Pasukan : Dato' Haji Khazali Haji Din

Pegawai Pasukan PERAK :

Ketua Jurulatih : Norizan Bakar
Pengurus Pasukan : Khairul Azwan Dato' Harun


Pegawai Pertandingan :


Pengadil : Ku Alauddin Ku Muhammad
Penolong Pengadil 1 : Azmi Khalid
Penolong Pengadil 2 : Wan Ismail Wan Ali
Pegawai ke 4 : Haslimi Saidin
Kommisioner Perlawanan : Hakimi Hj.Muhammad
General Koordinator : Jamil Che Mat
Pegawai Media : Nazri Ismail


STATISTIK PERLAWANAN

KEDAH / PERAK

Percubaan Tepat 3 / 3
Percubaan Tersasar 9 / 2
Sepakan Penjuru 9 / 4
Sepakan Percuma 16 / 18
Kesalahan Dilakukan 17 / 15
Ofsaid 1 / 1
Kad Kuning 1 / 3
Kad Merah 0 / 0


KEPUTUSAN PENUH :

KEDAH 0 - 0 PERAK


HIJAUKUNING.COM Man Of The Match : Mohd Azmi Muslim (Kedah)

Formasi kedua-dua pasukan sebelum perlawanan :

KEDAH (4-4-1-1)

Al Hafiz (GK)

Thiru (RB) - G-nan (RCB) - Keon (LCB) - Sabree (LB)

Spidotman (RW) - Boy (DM) - Paklong (AM) - Mie lim (LW)

Bad (FC)

Shakir (ST)

PERAK (4-4-2)

Nasril (GK)

Hazrul (RB) - Hisyamudin (RCB) - Khairi (LCB) - Syazwan (LB)

Fazrul (RW) - Nantha (DM) - Arul (AM) - Isma Alif (LW)

Akmal (ST) - Shafiq (ST)



Formasi Kedah setelah kemasukan ketiga-tiga pemain gantian pada minit ke 70 :



Al Hafiz (GK)

Thiru (RB) - G-nan (RCB) - Keon (LCB) - Mie lim (LB)

Paklong (RW) - Amar (DM) - Sabree (MC) - Meen (LW)

Bad (FC)

Azlan (ST)



* Nota : GK - Goalkeeper, RB - Right Back, RCB - Right Centre Back, LCB - Left Centre Back, LB - Left Back, RW - Right Wing, DM - Defensive Midfielder, MC - Midfielder Centre, AM - Attacking Midfielder, FC - Forward Centre, ST - Striker

ulasan dari HAZWAN SIEW HKC

No comments:

Post a Comment