Tuesday, February 1, 2011

KEDAH vs KUALA LUMPUR FELDA UNITED FC

credit to jeebsion

Selasa, 1 Februari 2011
Stadium Darulaman, Alor Setar
Perlawanan ke 2 Liga Super Malaysia 2011



Detik-detik penting :


Separuh masa pertama

Minit 7 : Abdul Ghani Abdul Rahman menanduk bola ke arah pintu gol Kedah tetapi diselamatkan oleh Shafizan Hashim di atas garisan gol. Berpunca daripada hantaran rendah daripada sebelah kanan kotak penalti Kedah oleh Nizaruddin Yusof. Pemain-pemain Felda United membuat protes kepada Pengadil Perlawanan mengatakan bola sudah masuk ke dalam gol. Protes tidak dilayan.

Minit 8 : Baddrol Bakhtiar melakukan "backheel" ke arah pintu gol Felda hasil tolakan bijak oleh Wan Asraf Wan Ali tetapi sedikit sipi daripada tiang gol kiri Felda United

Minit 15 : Liew Kit Kong hampir meletakkan Felda United di depan apabila menanduk deras bola sepakan percuma Badrul Azam. Sayang ia hanya sedikit melepasi palang gol Kedah

Minit 16 : Baddrol Bakhtiar melepaskan satu rembatan kencang daripada luar kotak penalti Felda United tetapi tersasar daripada gol

Minit 21 :
Baddrol Bakhtiar melakukan satu cubaan jarak jauh yang menyaksikan bola tersebut ditepis oleh Penjaga Gol Felda United dan sampai kepada Mohd Faizal Abu Bakar dan menolak bola kepada Mohd Firdaus Faudzi yang berada di depan beliau. Hanya Penjaga Gol yang menanti tetapi kelewatan beliau dalam melaksanakan penyudah membuatkan pertahanan Felda dengan pantas menolak bola tersebut keluar memberikan sepakan penjuru kepada Kedah. Suatu peluang keemasan yang disia-siakan!

Minit 25 : Sepakan penjuru oleh Ahmad Fauzi Shaari singgah di kepala Wan Asraf Wan Ali dan terus melakukan tandukan ke belakang yang bijak ke arah penjaga gol Felda namun berjaya ditumbuk keluar

Minit 27 :
K.Rajan melakukan satu tendangan "half volley" yang kencang ke arah pintu gol Kedah tetapi sedikit sipi daripada tiang gol kiri pasukan tuan rumah. Bola hasil hantaran pantas Nizaruddin Yusof

Minit 28 : Azi Shahril Azmi melakukan satu percubaan jarak jauh tetapi terus ke dakapan Penjaga Gol Kedah

Minit 36 : Liew Kit Kong dilayangkan kad kuning akibat protes terus-terusan kepada Pengadil yang memberikan sepakan percuma kepada Kedah

Minit 37 : Sepakan percuma oleh Baddrol Bakhtiar singgah tepat ke dakapan Penjaga Gol Felda. Mohd Faizal Abu Bakar melakukan sedikit"body contact" kepada Penjaga Gol Felda United yang mencetuskan insiden pergaduhan sesama pemain kedua-dua pasukan. Tiada layangan kad diberikan

Minit 42 : Sekali lagi pergaduhan berlaku berpunca daripada sikap tidak professional K.Rajan yang dengan sengaja menolak Baddrol Bakhtiar ketika bola sudah pun keluar daripada padang untuk lontaran ke dalam. Pemain kedua-kedua pasukan sudah tidak dapat mengawal mental mereka dengan baik. Di manakah sikap professionalisma? Tiada layangan kad diberikan.

Minit 45 + 2 : Wisel penamat bagi separuh masa pertama


Separuh masa kedua


Minit 50 : V.Thirumurugan dilayangkan kad kuning setelah menerima amaran lisan ke 3

Minit 54 : Azlan Ismail masuk menggantikan Mohd Firdaus Mohd Faudzi

Minit 57 :
Mohd Faizal Abu Bakar hampir memecah kebuntuan tetapi kelekaan menyebabkan prospek gol sulung perlawanan terlepas begitu sahaja. Berpunca daripada hantaran Azi Shahril Azmi kepada Khaironnisam Sahabuddin yang terkena kaki Ahmad Fauzi Shaari dan terus sampai kepada Mohd Faizal Abu Bakar yang bebas daripada kawalan mana-mana pemain Felda United. Hanya perlu membawa bola ke hadapan sedikit dan melepaskan rembatan tetapi Abdul Ghani Abdul Rahman dengan pantas menyekat bola tersebut. Satu lagi peluang keemasan yang disia-siakan!

Minit 58 :
K.Rajan melakukan satu larian solo daripada bahagian sayap kanan padang dan melepasi kawalan Shafizan Hashim dengan tenang membuat rembatan leret ke arah pintu gol Kedah tetapi berjaya ditangkap kemas oleh Mohd Al Hafiz Hamzah

Minit 60 : PENALTI !! Azlan Ismail dijatuhkan oleh Penjaga Gol Felda United di dalam kawasan kotak penalti Felda United setelah Azlan Ismail melepasi perangkap offsaid Felda United. Hamsani Ahmad dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan Azlan Ismail

Minit 61 : GOL !!!
Baddrol Bakhtiar dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti dengan menghantar bola ke arah kanan pintu gol dan menyaksikan Hamsani Ahmad merebahkan badan ke arah yang bertentangan

Minit 63 :
Farderin Kadir masuk menggantikan Azrul Ahmad yang tercedera

Minit 67 :
Baddrol Bakhtiar menyempurnakan sepakan percuma yang melencong dengan baik tetapi berjaya ditangkap kemas oleh Hamsani Ahmad

Minit 69 : Farderin Kadir menanduk bola tepat ke arah Penjaga Gol Kedah hasil "long throw" Ramesh Lai Ban Huat

Minit 72 : Rembatan "on the run" Baddrol Bakhtiar sedikit tersasar daripada gol Felda United hasil "tapping" bijak oleh Azlan Ismail

Minit 75 : Sabree Abu melakukan tendangan "first touch volley" jarak jauh dan hampir mengenai kepala Wan Mohd Asraf Wan Ali yang melakukan "diving header". Berpunca daripada sepakan penjuru oleh Ahmad Fauzi Shaari

Minit 79 : Khairul Anuar Jamil dibawa masuk menggantikan Abdul Ghani Abdul Rahman

Minit 80 : Nizaruddin Yusof melakukan rembatan kencang ke arah pintu gol Kedah tetapi terus ke dakapan Mohd Al Hafiz Hamzah. Berpunca daripada umpanan bijak Liew Kit Kong

Minit 84 : Liew Kit Kong berjaya melakukan satu rembatan rendah tetapi sipi ke arah kiri gol Kedah. Percubaan berpunca daripada sepakan percuma Badrul Azam Zamri yang menghantar bola ke tengah kotak penalti dan ditanduk oleh Farderin Kadir kepada Liew Kit Kong

Minit 85 : Mohd Al Hafiz Hamzah dilayangkan kad kuning kerana melewat-lewatkan sepakan gol

Minit 90 + 1 : Hamsani Ahmad dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua !! Beliau dengan sengaja menendang Wan Mohd Asraf Wan Ali yang terbaring di atas padang kerana berang dengan tindakan Wan Asraf Wan Ali yang sengaja menjatuhkan badan selepas melakukan kekasaran terhadap pemain Felda United dan melewatkan-lewatkan permainan

Minit 90 + 1 : Khairul Anuar Jamil dikeluarkan dan digantikan oleh Penjaga Gol simpanan Mohd Faizal

Minit 90 + 2 :
Wan Asraf Wan Ali dikeluarkan dan digantikan oleh Mohd Fiqry Md. Isa

Minit 90 + 3 : Wisel penamat perlawanan



Line up kedua-dua pasukan :



KEDAH
2-Mohd Fauzie Nan, 6-Shafizan Hashim, 7-Baddrol Bakhtiar, 11-Ahmad Fauzi Shaari (K), 13-Khairul Helmi Johari, 17-V.Thirumurugan, 19-Mohd Faizal Abu Bakar, 21-Mohd Sabree Mat Abu, 22-Mohd Al Hafiz Hamzah (PG), 23-Mohd Firdaus Mohd Faudzi (14-Azlan Ismail), 24-Wan Mohd Asraf Wan Ali (28-Mohd Fiqry Md.Isa)

Pemain simpanan yang tidak digunakan KEDAH

3-Shahril Faizal Shariffuddin, 12-Ahmad Shakir Ali, 20-Mohd Arfan Rashid, 25-Abdul Hadi Abdul Hamid (PG), 26-Hattaphon Bun An


KUALA LUMPUR FELDA UNITED FC

3-Ramesh Lai Ban Huat, 5-Liew Kit Kong, 7-Azrul Ahmad (9-Farderin Kadir), 10-Nizaruddin Yusof, 11-Badrul Azam Zamri, 17-Abdul Ghani Abdul Rahman (2-Khairul Anuar Jamil) (20-Mohd Faizal - PG), 19-K.Rajan, 21-Hamsani Ahmad (PG), 22-Khaironnisam Sahabuddin Hussain (K), 24-Mohd Syazwan, 25-Azi Shahril Azmi

Pemain simpanan yang tidak digunakan KL FELDA UNITED FC
4-Hasmarul Fadzir, 8-Rashid Mahmud, 15-Mohd Zamri Chin, 18-Juzaili Samion


Pegawai Pertandingan :


Pengadil : Dennis Anak Sayeng
Penolong Pengadil 1 : Mohd Abdul Suki
Penolong Pengadil 2 : Maswari Haji Mislam
Pegawai ke 4 : Haslimi Saidin
Kommisioner Perlawanan : K. Ponnusamy
General Koordinator : Shahrin B. Ismail


STATISTIK PERLAWANAN

KEDAH / FELDA UNITED


Percubaan Tepat 6 / 5
Percubaan Tersasar 8 / 3
Sepakan Penjuru 5 / 5
Sepakan Percuma 25 / 29
Kesalahan Dilakukan 26 / 24
Ofsaid 3 / 1
Kad Kuning 2 / 2
Kad Merah 0 / 1


KEPUTUSAN PENUH :


KEDAH 1 - 0 KL FELDA UNITED FC


HIJAUKUNING.COM Man Of The Match : Baddrol Bakhtiar (Kedah)



No comments:

Post a Comment