Saturday, February 27, 2010

Malaysia lebar rekod di gelanggang sendiri


Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
sukan@utusan.com.my

Posted Image
PEMAIN Malaysia, Baddrol Bakhtiar (depan) diasak pemain Yemen, Khaled Hasan Hussein Baleid pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia menang 1-0.
KUALA LUMPUR – Rekod cemerlang Malaysia dalam perlawanan antarabangsa di gelanggang sendiri berterusan sejak 30 Disember lalu apabila menumpaskan Yemen 1-0 di sini, semalam.

Sayap kanan negara, Baddrol Bakhtiar memastikan langkah kanan skuad negara pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu menerusi gol tunggal pada minit ke-54.

Kemenangan tersebut, yang merupakan kemenangan kedua berturut-turut buat skuad negara selepas menewaskan Syria 4-1 hujung tahun lalu, sekali gus melebarkan rekod pertemuan dengan Yemen yang kini menyebelahi kita sejak 1984.

Ia juga bakal memperbaiki ranking skuad bimbingan K. Rajagobal yang kini berada pada kedudukan ke-159 dunia.

Yemen pula menghuni ranking 105 dunia.

Malaysia yang menguasai babak pertama permainan sewajarnya mendahului lawan dengan dua gol sekiranya Ashari Samsudin dan Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak berjaya menyudahkan rembatan masing-masing.

Ashari yang sempat mencuba pada minit ke-12 bagaimanapun hampa selepas rembatannya terkena palang biarpun penjaga gol Yemen, Saoud Abdullah Al- Sowadi sudah tertewas.

Pada masa kecederaan separuh masa pertama, tiang gol sekali lagi menjadi penyelamat Yemen walaupun rembatan Zaquan sudah menewaskan Saoud.

Selain itu, barisan depan Malaysia turut terlepas beberapa peluang menerusi Baddrol pada minit kelima, Ahmad Fakri Saarani (minit lapan) dan satu sepakan sudut pada minit ke-24 yang mudah disambut Saoud.

Yemen tidak ketinggalan menguji pintu gawang Malaysia yang dikawal Sharbinee Allawee Ramli menerusi Khaled Hasan Hussein Baleid dan Mohammed Abdullah Al-Abidi masing-masing pada minit keenam dan ke-37.

Kem negara melonjak girang pada minit ke-54 apabila sayap kanan Kedah, Baddrol merembat masuk sepakan percuma selepas terkena palang sedikit untuk membawa Malaysia mendahului 1-0.

Tiga minit kemudian, Ahmad Fakri pula nyaris menambah gol tetapi sempat dibaca oleh Saoud, begitu juga percubaan kaki kiri, Bunyamin Omar pada minit 63.

Pada minit ke-67 pemain Yemen, Ala Mohamed Al-Sasi cuba mencedok untuk menguji penjaga gol gantian negara, Farizal Marlias tetapi tinggi melewati palang gol.

FK SLOVAN DUSLO SALA 4 Harimau Muda 1


Dibolosi 2 gol dari sepakan sudut (min10,20), 1 sepakan penalti (min64) dan 1 gol padang (min76). Secara keseluruhannya permainan adalah baik dengan Harimau Muda lebih banyak mengawal permainan. Malangnya sedikit kealpaaan di barisan pertahanan dan kegagalan barisan hadapan memanafaatkan beberapa peluang yang hadir, menghampakan barisan muda negara memulakan kempen Liga 1 Slovakia dengan baik.


Info dipetik dari Facebook Harimau Muda

Friendly - Malaysia vs Yemen

Malaysia 1 (baddrol Bakhtiar)
Yaman 0

Tuesday, February 23, 2010

Harimau Muda beraksi di ‘laman sendiri'

SKUAD Harimau Muda A akan beraksi di gelanggang sendiri pada perlawanan pertama Liga Satu Slovakia, Sabtu ini, apabila Kesatuan Kelab-Kelab Liga Slovakia (ULK) tidak berpuas hati dengan tahap permukaan stadium Sala.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata pihaknya dimaklumkan ULK, petang semalam, gelanggang perlawanan pertama skuad Bawah 21 tahun bimbingan Azraai Khor Abdullah dengan Sala FC, diubah.


“Saya mendapat pengesahan daripada ULK perlawanan pertama Harimau Muda A terpaksa ditukar dari Sala ke Vion. Sepatutnya perlawanan itu diadakan di Sala tapi keadaan bersalji menyebabkan keadaan tidak memuaskan.


“ULK tidak mahu menunda perlawanan itu. Maka, mereka memilih Vion kerana padang digunakan skuad negara menggunakan rumput tiruan, tentu tidak ada masalah untuk perlawanan itu dilangsungkan” katanya, semalam.


Jelasnya, cuaca di Slovakia masih sejuk sehingga menyebabkan skuad negara tidak dapat mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab tempatan yang dijadualkan semalam.


Barisan Harimau Muda A tiba di Slovakia, Ahad lalu kini berpangkalan di Vion selama lebih tiga bulan bagi mengharungi 14 perlawanan Liga Satu negara itu.

HMETRO


Selangor lagi

Aku bangga depa ikat B.Dong semalam
Tapi apsal dlm paper dok kaitkan lagi dgn KEDAH? macam S**L

Monday, February 22, 2010

Apasal nak kaitkan dgn 'KEDAH' pulak ?

Asal kalah @ nak kalah je, semua nak kaitkan dgn rekod kedah dalam AFC tahun lepas. Apasal tak tgk time Kedah masuk quarter tahun 2008? Asal keeper lepas bola bodoh je, semua nak kaitkan dgn aksi Mie Yeh dalam piala Suzuki. Apasal tak tgk aksi dia time jumpe Chelsea?

Tgk la malam, baru depa tau tinggi rendah langit. Esok, jgn bagi alasan cam Alex Fergusion sudahhh (klik sini).


Devan tak gentar berdepan juara Vietnam di Shah Alam, malam ini

PENGALAMAN Kedah diratah kelab Vietnam, Becamex Binh Duong dalam Piala AFC, tahun lalu dianggap jurulatih Selangor, K Devan sebagai kes ‘pisang tidak akan berbuah dua kali’ ketika pengendali itu yakin mampu menyaingi kekuatan juara Liga Vietnam dalam pertemuan pertama peringkat Kumpulan F di Stadium Shah Alam malam ini.

Kedah yang mengibarkan bendera negara pada saingan 2009, langsung tidak diberi peluang oleh Becamex yang menampilkan tiga pemain import apabila membelasah mereka 8-2 pada perlawanan tunggal suku akhir dengan Devan menyifatkan tahap kedua-dua pasukan adalah sama jika tidak mengambil kira tenaga import.

berita lanjut

Sunday, February 21, 2010

Devan akui rehat lama jejas rentak Selangor


Oleh Khairil S Iswan
mkhairil@bharian.com.my


KAPTEN Selangor, Mohd Amri Yahya (merah) berjaya melepasi pemain Selangor PKNS, Premanathan dalam pelawanan Piala FA di Stadium Shah Alam, kelmarin.

TEMPOH lebih dua minggu berehat menyaksikan juara bertahan, Selangor memulakan langkah berhati-hati beraksi dengan rentak perlahan dan bertahan ketika menewaskan pasukan tetangga, PKNS pada perlawanan pusingan dua, Piala FA di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Percaturan pengendali Selangor, K Devan (gambar kecil) yang menggunakan taktik seorang penyerang dengan meletakkan Safee Sali bersendirian di bahagian serangan dilihat tidak begitu berkesan apabila perlawanan jadi hambar pada separuh masa pertama sekalipun memperoleh gol pertama hasil rembatan Farderin Kadir minit ke-43.

Safee kemudian digantikan dengan R Surendren minit ke-63 dan Devan kemudian mengeluarkan kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah untuk digantikan dengan Rudie Ramli minit ke-79 bagi mengubah rentak perlawanan.

Jelas congakan itu berhasil apabila Surendren menyumbang gol kedua tiga minit sebelum wisel penamat untuk skuad Merah Kuning menang 2-0 dan membawa bekalan modal agak selesa apabila berkunjung ke Stadium MBPJ, Sabtu ini.

“Pemain saya tidak bermain dalam perlawanan kompetitif lebih dua minggu sebelum perlawanan ini,” kata Devan. “Oleh itu, kami bermain dengan corak yang lebih perlahan dan bertahan.

“Selain itu, Safee juga lambat mendapat bantuan daripada rakan bahagian tengah terutama Safiq Rahim dan Farderin menyebabkan saya terpaksa mengubah corak perlawanan menjadi lebih laju kerana PKNS juga ubah corak permainan mereka menjadi lebih pantas selepas itu.


KALAU JADUAL PADAT, KOMPLEN PENAT

KALAU CUTI PANJANG, KOMPLEN LAMBAT PANAS PULAK

MACAM2

Pasca Kelantan vs Kedah - FA Cup

PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha cuba melepasi pemain Kedah, pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu - FOTO copied www.KOSMO.com.my
Bermain di Std SMK4 memang bukan mudah di mana 1st eleven KELANTAN turut dibantu oleh ribuan penyokong fanatiknya. Ref mmg aku respek, tidak teragak2 dalam membuat keputusan walaupun sudah dapat mengjangka yang beliau akan diiringi sehingga ke Balai Polis setelah permainan tamat.

Coach, mungkin nasib dia kita menang atau mungkin taktik dia agar kita bertahan & counter attack sbb dia dah tau ranjau di Kota Bahru. Apa2 pun kepada semua pemain yang tak dapat diturunkan dalam game malam kelmarin (Pelam, Victor, Ustad, Meen, Pak long Sepet), aku doakan agar sembuh dari sebarang kecederaan apabila bertemu seteru utama, SELANGOQ pada 6 March nanti.

Saturday, February 20, 2010

FA Cup 2nd round: Kelantan 1 Kedah 1











Satu keputusan yang amat2 melegakan. Walaupun Kelantan menguasai sebahagian perlawanan, Kedah pula yang layak ke Quarter Final bertemu ATM. Sebenarnya keputusan ini memadai memandangkan ramain pemain utama Kedah masih mengalami kecederaan.

Live Kelantan v Kedah dibatalkan

Maklumat terbaru yang saya terima ialah Kemungkinan besar Siaran Langsung Kelantan vs Kedah akan diketepikan bagi memberi laluan kepada Siaran Langsung Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan.

Walaubagaimanapun Lori OB dah ready di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Difahamkan juga bahawa usaha nak tolak ke slot TV2 tidak dapat dilakukan kerana masalah program yang dijadualkan di TV2 mempunyai penajanya sendiri.

Apa pun, jika PM tidak hadir ke masjlis sambutan tahun baru Cina malam ini, laluan untuk Siaran Langsung Kelantan vs Kedah akan terbuka.

Harap maklum...

info dari HKC


NI LA DIA BOLASEPAK MALAYSIA. GOMEN DOK PULUN SURUH KITA SUPPORT BOLASEPAK MALAYSIA, LAST2 DEPA JUGAK YANG BUAT TAHANA

Wednesday, February 17, 2010

Kafa hantar pesanan cemas

Oleh Nik Masilawati Ahmad
bhkb@bharian.com


PEMAIN Kedah, Badrol Bakhtiar (kiri) berjaya mengelirukan pemain Kelantan, Azizi Matt Rose dalam saingan Piala FA, kelmarin

Tuntut penyokong banjiri stadium semarak semangat skuad Kelantan

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) menghantar mesej cemas kepada penyokongnya, semalam menuntut mereka membanjiri Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Sabtu ini menyemarak semangat pemain ketika berdepan saingan penentuan menentang Kedah dalam perlawanan kedua, pusingan kedua Piala FA.

Kegagalan pasukan bergelar Red Warriors itu meraih kemenangan ketika turun beraksi di gelanggang sendiri Sabtu ini, bermakna mereka terpaksa melupakan impian menggapai trofi kejuaraan itu, musim ini selepas kecewa tewas kepada Selangor dalam final, tahun lalu.


Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, menegaskan hanya kemenangan yang menjadi penyambung hayat pasukan itu dalam saingan Piala FA musim ini, selepas sekadar seri 0-0 ketika berkunjung ke gelanggang lawan di Alor Setar, kelmarin.

"Perlawanan menentang Kedah amat kritikal bagi Kelantan. Kita mesti menang dalam saingan ini kerana ia adalah penentu kempen Piala FA 2010.

"Saya minta penyokong Kelantan membanjiri stadium. Jangan lupa pakai baju merah dan membawa sama bendera Kelantan serta sepanduk Red Warriors.

"Ayuh kita palukan gendang dan sorakan menggegar Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk pastikan Kelantan layak ke suku akhir musim ini," katanya dalam kenyataan media di Kota Bharu, semalam.

Malah, pesanan sama juga dihantar Annuar kepada penggerak penyokong setia Kelantan di seluruh negeri menerusi sistem pesanan ringkas (sms) daripada telefon bimbit peribadinya.

Tuesday, February 16, 2010

Kelantan berdepan tugas sukar

Oleh M Hifzuddin Ikhsan, Bashah Zainol Abidin, Hamid Salleh dan Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my


PEMAIN Kedah, Azlan Ismail (kirI) melepasi pemain Kelantan, Mohd Rizal Fahmi pada saingan Piala FA di Stadium Darulaman, malam tadi. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

FINALIS tahun lalu, Kelantan berdepan ranjau agak sukar sekalipun memaksa Kedah seri 0-0 dalam perlawanan pertama, pusingan kedua kejohanan bola sepak Piala FA di Stadium Darulaman, malam tadi.

Keputusan ini bermakna sebarang keputusan seri dengan jaringan di tempat sendiri, Sabtu ini bakal menyingkirkan Kelantan ketika hanya kemenangan boleh menjamin laluan The Red Warriors meneruskan cabaran, musim ini.

BERITA HARIAN


FA Cup 2nd round
























click to enlarge

Monday, February 8, 2010

Ujian terakhir skuad Azraai


WAN ZACK HAIKAL turut disenaraikan oleh Azraai dalam skuad Harimau Muda A pada aksi persahabatan menentang UPM esok.


SKUAD bawah 20 tahun (B-20) negara atau Harimau Muda A akan turun dalam aksi persahabatan terakhir mereka esok sebelum berlepas ke Slovakia pada 19 Februari ini, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Jurulatih Harimau Muda A, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, perlawanan menentang skuad Universiti Putra Malaysia (UPM) di Stadium UPM, Serdang (8.30 malam esok) itu akan menjadi medan terakhir baginya memilih senarai 25 pemain ke Slovakia.

"Perlawanan menentang UPM ini adalah yang terakhir sebelum kita ke Slovakia. Saya masih beri peluang kepada 25 pemain ini untuk mempamerkan kemampuan mereka sebelum saya putuskan senarai akhir pada Jumaat ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Azraai terpaksa menggugurkan lima pemain dari skuad Harimau Muda A itu kerana beliau telah membuat keputusan untuk menyelitkan lima pemain Harimau Muda B (skuad B-19 negara) bimbingan Ong Kim Swee dalam skuad 25 pemain ke Slovakia.

"Lima pemain Harimau Muda B terbabit adalah A. Thamil Arasu, Gary Steven Robat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Fadhli Shas dan Fandi Othman.

"Tetapi lima pemain ini hanya akan mula menyertai kami selepas mereka beraksi buat kali terakhir bersama Harimau Muda B pada perla- wanan Liga Perdana menentang Melaka pada Jumaat ini," jelasnya.

Skuad Harimau Muda A bakal memulakan aksi dalam saingan Liga Divisyen Dua Slovakia, Liga 1 dengan menentang pasukan tangga tercorot, Slovan Duslo Sala di tempat lawan pada 27 Februari ini.

Selepas itu, Harimau Muda A akan meneruskan saingan menentang Ruzomberok B di tempat gelanggang sendiri mereka di Zlate Moravce sehinggalah aksi ke-14 menentang Zemplin Michalovce pada 29 Mei depan.

Sebelum berangkat ke Slovakia, pemain Harimau Muda A akan diberi penerangan oleh pakar pemakanan dari Institut Sukan Negara (ISN) esok berhubung aspek penjagaan pemakanan bagi mengekal dan meningkatkan prestasi mereka sepanjang tiga bulan berada di Slovakia nanti.

Source: KOSMO

Tuesday, February 2, 2010

KEPUTUSAN PIALA FA - 2 FEB 2010 ( Selasa )

Sabah 0 - 2 Kedah
(Azlan Ismail & Saramsak Kram)

Johor FC 2 - 2 Negeri Sembilan
KL 3 - 1 Johor Pasir Gudang
PDRM FC 5 - 1 Melodi Jaya
KL PLUS 1 - 2 Harimau Muda
T-Team 1 - 0 Pahang Shahzan Muda
USM FC 1 - 4 Terengganu
Pahang 1 - 1 Felda United FC
ATM FC 3 - 0 Melaka
Penang 2 - 1 Sarawak
Perlis 0 - 0 Perak
Muar MC 1 - 0 POS Malaysia FC

Monday, February 1, 2010

Sabah pertaruh gandingan Rosdin-Mafry

KOTA KINABALU - Jurulatih Sabah, Gary Philips yakin kombinasi Rosdin Wasli dan Mafry Balang, mampu menguatkan barisan tengah pasukan itu menjelang perlawanan pertama Piala FA menentang Kedah, hari ini.

Jurulatih dari Australia itu berkata, jika percaturan tersebut menjadi, beliau tidak nampak mengapa skuad Badak tidak mampu menyaingi pasukan Liga Super itu dalam perlawanan di Stadium Likas.

''Barisan pemain tengah kami bersikap terlalu 'lembut' sebelum ini.

''Apabila bertemu Kedah nanti, kami memerlukan pemain yang mantap untuk merancang strategi permainan.

''Saya memikirkan untuk menggunakan gandingan pemain senior seperti Rosdin dan Mafry," katanya di sini, semalam.

Menurut Gary, dia juga menyandarkan harapan Zainizam Marjan dapat mengemudi jentera serangan selepas prestasi cemerlang ketika menewaskan MP Johor pada perlawanan Liga Perdana, minggu lalu.

''Saya mengharapkan Zainizam dapat beraksi esok, kerana dalam perlawanan Liga Perdana lalu, dia hanya beraksi pada separuh masa kedua, kerana masih belum cergas sepenuhnya.

''Apa pun, saya perlu melihat sama ada mahu menggunakan Zainizam di bahagian tengah atau sebagai penyerang," ujarnya.

Beliau menjangkakan perlawanan hari ini sengit, memandangkan ia merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan musim ini.

Sehubungan itu, katanya pemain perlu mengetepikan sikap bersahaja dalam padang, sebaliknya harus lebih agresif, jika mahu dihormati oleh pasukan lawan.

Katanya, meskipun misi sebenar Sabah musim ini adalah untuk kembali ke Liga Super musim depan, tetapi pemain juga perlu menumpu perhatian dalam saingan Piala FA.

Source : Utusan Malaysia


FA Cup 1st round: Sabah vs Kedah

FA Cup Pusingan Pertama 2 dan 6 Februari 2010

SDM Kepala Batas lwn PKNS
Felda United lwn Pahang
Pos Malaysia lwn MP Muar
KL Plus lwn Harimau Muda B19
Kuala Lumpur lwn Johor
PDRM lwn Melodi Jaya
Johor FC lwn Negeri Sembilan

Perlis lwn Perak
T-Team lwn Shahzan Muda
Pulau Pinang lwn Sarawak
Staf USM lwn Terengganu
UiTM FC lwn Ban Hoe Leong
ATM lwn Melaka
Sabah lwn Kedah