Tuesday, March 30, 2010
FA CUp Semi Final Terengganu 0 Kedah 2 - rumusan
FA CUp Semi Final Terengganu 0 Kedah 2
Saturday, March 27, 2010
Wednesday, March 24, 2010
Astro Arena temui peminat mulai esok
Saluran sukan tempatan 24 jam ini akan disiarkan hampir keseluruhan dalam Bahasa Malaysia dan boleh diikuti oleh semua pelanggan Astro.
“Astro Arena akan membawa liputan secara langsung perlawanan bola sepak Liga Super setiap Selasa dan Jumaat yang turut dimuatkan dengan ulasan daripada pengkritik sukan, jurulatih serta bekas pemain.”
Selain liputan acara sukan dalam negara, Astro Arena juga bakal membawa liputan secara langsung aksi atlit tempatan bertanding di luar negara.
Rakyat Malaysia akan dapat mendekati perkembangan atlit negara dan melihat pencapaian mereka di sukan serantau menerusi Astro Arena, terutama semasa acara sukan penting tahun ini seperti Sukan Komanwel di New Delhi, Sukan Asia di Guangzhou dan Sukan Olimpik Remaja yang pertama di Singapura, Ogos ini.
Sunday, March 21, 2010
Percaturan Kedah menjadi
Oleh Khairil S Iswan
mkhairil@bharian.com.my
2010/03/22
Ahmad bangga anak didik bangkit mara ke separuh akhir Piala FALANGKAH bergaya Kedah ke separuh akhir bola sepak Piala FA selepas menundukkan Tentera 5-0 kelmarin untuk kemenangan dengan agregat 6-1 diandaikan pengendalinya, Ahmad Yusoff sebagai cukup membanggakan apa lagi beraksi tanpa khidmat beberapa pemain utama akibat kecederaan atau digantung perlawanan.
Tindakannya meletakkan Baddrol Bakhtiar sebagai penyerang buat pertama kali nyata menjadi apabila pemain itu cemerlang meledak dua gol awal, malah keputusan menggunakan khidmat Mohd Sabre Mat Abu di bahagian tengah selepas jarang diturunkan, turut membuahkan hasil.
“Sekalipun prestasi semasa kami dalam Liga Super agak terumbang ambing, saya mengharapkan dapat melakukan yang terbaik dalam Piala FA musim ini,” katanya mengenai Kedah yang akan bertemu Terengganu di separuh akhir.
Gol ketiga skuad Hijau Kuning hasil kesilapan penjaga gol Tentera, Khairul Anuar Mohd yang gagal menangkap kemas sepakan jauh Mohd Azmi Muslim dari tengah padang dan dia melakukan kesilapan yang sama untuk gol kelima Kedah selepas gagal menampan kemas rembatan Muhd Aminuddin Azmi.
Sebelum itu, Muhd Shafiq Jamal memberikan gol keempat Kedah, rembatan mudah dari dalam kotak penalti hasil hantaran lintang Baddrol dari kanan yang cemerlang memperdaya dua pertahanan Tentera.
Mengenai kekalahan besar ke atas Kedah, jurulatih Tentera, Zulhamizan Zakariah berkata ia banyak berpunca daripada kesilapan individu.
“Penjaga gol kami (Khairul Anuar) ternyata gugup. Kami tidak dapat menggunakan khidmat penjaga gol utama musim ini, Mohd Nasril Mat Nourdin selepas dia demam dan nasib juga tidak begitu memihak kepada kami dalam perlawanan ini,” katanya.
Tentera turut hampir mencetak gol semalam namun kedua-dua cubaan penyerang prolifiknya, V Saravanan sekadar menggegar palang sekalipun penjaga gol Kedah, Mohd Helmi Eliza sudah pun tertewas selain terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Abdul Rashid Mahmud dikenakan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua pada minit-minit akhir perlawanan.
Saturday, March 20, 2010
FA Cup Quarter Final: ATM 0 Kedah 5
info dari petro_varsity HKC
Gol Pertama: Bad - free kick dia melencong masuk.
Gol Kedua: Bad - Sapa tah cross bola (rasa nya aminuddin) kat kepala Bad teros tanduk masuk gol. Free header.
Gol Ketiga: Azmi M - Dari sayap kiri, dia membuat rembatan 'belon' (atau pon hantaran lintang) sampai tepat ke Keeper ATM, tapi Keeper ATM buat lawak pertama malam ni tiba2 ja terlepaih masuk.
Gol Keempat: Syapik - Rasanya counter attack, cantik jugak pergerakan last2 dapat kat Bad sebelah kanan, terus membuat hantaran lintang kat Syapik dengan mudah menolak masuk. Good finishing by Syapik. (tu ja yang best pasai syapik malam ni)
Gol Kelima: Aminuddin - Rembatan dia yang lemah saja dan 'akan' mudah ditangkap oleh mana2 keeper professional tetapi secara tiba2 keeper ATM buat lawak kali kedua bola terlepaih macam mana pon tak tau dan teros gol. Keeper ATM dikeluarkan serta merta lepaih tu kena kutuk kaw2 dengan penyokong ATM dan di baling botol ketika berjalan masuk ke bilik persalinan.
- Player ATM sorang kena red card hasil kad kuning kedua pada minit 80+-
- Saravanan dua kali kena tiang, peluang terbuka depan gol.
- 'tok bomoh' kita turun malam ni,penyeri penyokong seblah grandstand.
- Wan zaim bila dimasukkan berdesup larian dia. Permainan yang semakin matang dari beliau.
- Arfan agak 'kureng' sikit malam ni. Digantikan dengan boy pada separuh masa pertama
- Overall permainan ada peningkatan. Defend agak goyah sikit pada satu2 masa tapi dapat recover dengan baik. Ustad bermain dengan cool.
- lagi satu, sapa buat Banner 'Ind :8 n' tu weh.haha.kena rampas teruih awai first half.
Sunday, March 14, 2010
Thursday, March 11, 2010
Turning point ?
Tuesday, March 9, 2010
FA Cup Quarter Final: Kedah 1 ATM 1
Monday, March 8, 2010
Kedah vs ATM
Sunday, March 7, 2010
Rumusan Selangor v Kedah
huish penat drive balik Sg.Petani dari shah alam pun x habeh lagi ni. Tengok highlight gol2 semalam memang betoi2 down kan aku. Kesimpulan, aku KECEWA dengan game semalam..
Antara benda yang aku nampak:
1 - Semua department lingkup! Dari mie yeh sampai la lan mail. Semua lingkup. Bagi aku semua player kita semalam below par. No excuse!
2 - Aku penah cakap sebelum ni kalau kita jumpa team2 heavyweight, midfield akan jadi penentu ke mana game tu akan pi. Semalam obvious sangat midfield kita sangat2 loi. As usual, ARUL WAS THE WEAKEST PART OF THE TEAM!! Bagi aku defend memang teruk semalam. Tapi apa yang menyebabkan depa teruk?? Awat defend saja yang perlu absorp pressure? Sebab pressure tersebut telah pun lolos di bahagian midfield. So defend la teruk kena kampoi. Bila keadaan macam ni no wonder mistake banyak dilakukan. Yang paling bahaya defence adalah 2nd last line dalam team. Sebarang kesilapan defence akan memberi masalah besaq pada keeper. Semalam terang2 midfield kita out. MEMANG OUT OF CONTROL..
4 - Defence kita lebih menumpukan untuk man mark striker depa. Kita jadi terlalu congest di depan mie yeh sampai wingers depa terlalu bebaih bergerak n buat cross. Sedaq atau dak Amri Yahyah adalah duri dalam daging semalam. Cuba perati decision making dia. Cuba perati macam mana dia feed bola pi kat wing atau pun striker. Cepat bertindak merupakan ability Amri yang sangat berguna. Attributes Amri ni la yang xdak pada pasukan kita. Lagu mana corak offensive kita?? Dapat bola teragak2 nak passing, lambat bertindak. Then cuba burst secara solo. Last2 sangkut dekat Bun. Defensive Selangor dengan begitu cepat tutup ruang. Aku cukup puji Bun la. Memang kawasan tengah dia pegang. Dari segi grounder mahu pun di udara. Bola 50-50 celen pun dia menang. Absorp pressure dengan sangat2 efektif. This is what we need from a defensive midfielder..
5 - Mie yeh buat simple mistake utk gol lob Amri. Out of position! Teruih lemaih..
Kesimpulan aku :
1 - Semua department lingkup semalam..
2 - Hampir kesemua player main below par..
Cadangan aku :
1 - boleh "rest" kan AY. Langsung xdak variasi. Kita sudah sampai ke pertengahan musim. Dan semalam Selangor telah membuka keaiban kita di depan seluruh rakyat Malaysia di mana Kelantan gagal buat hari tu. Masih ada coach lain yang lebih berkebolehan aku rasa..
2 - rest kan Arul. X dak orang buleh ganti Arul?? Come out with new tactical la. Aku yakin semua orang dah mola cemuih dengan taktikal 4-4-2 dan long ball. Long ball pun buleh kira berapa banyak yang kita menang..
3 - Restructure balik position semua players. Letakkan balik player2 di posisi asai. Contoh : Md.beri main DM balik. Pelan main LB balik..
4 - Bagi ULTIMATUM atau KATA DUA pada player yang kurang bagi komitmen. Player dah cuba sehabis baekk?? Jangan kencing la. Buleh buat lagi baik kot. Takkan main tagha semalam ja. Azmi Muslim buleh di reserve kan saja. Orang mai tekel jenih penakut nak teruih burst masuk. Sayang kaki. Aduuu..
KITA SUDAH PERLU MENEKAN PANIC BUTTON sekiranya kita masih ada keinginan untuk mendakap sekurang2 nya 1 piala musim ni..
Aku nak sangat tengok ada perubahan dalam skuad kita lepaih ni..
Saturday, March 6, 2010
Harimau Muda 0 Ruzomberok B 2
Harimau Muda telah memberi saingan sengit kepada Ruzomberok B sekalipun tewas. Aksi anak-anak harimau lebih menyerlah khususnya di separuh masa kedua. Peluang terbaik hadir pada minit ke 78 apabila Mohd Fandi Othman membuat hantaran lintang kepada Izzaq Faris Ramlan, namun tandukannya yang tidak dicabar lawan, gagal menuju sasaran gol.
Source : Facebook Harimau Muda
Stadium kosong
KEPUTUSAN LIGA SUPER - 6 MARCH 2010 ( Sabtu )
Selangor 4 Kedah 0
Tapi SELANGOR bukan KELANTAN beb....
Dah kena 2-3 bijik baru nak tukaq taktik... susah la
Sepet sepatutnya dari awal lagi main kat tempat SAM
SAM main tempat BAD
MIE LIM bagi reserve utk NATIONAL duty jer
BAD main tempat MIE LIM
ARULLLL... kita mmg tpaksa letakkan dia kat situ, no choice
PELAM main tempat SABRU
SABRU main tempat BOY
BOY reserve
Baru la SELANGOQ tak leh bermaharaja lela
HAMPEH
Wednesday, March 3, 2010
Anak buah Rajagobal seri jumpa Albirex
sukan@utusan.com.my
SINGAPURA - Malaysia masih mempertahankan rekod cemerlang perlawanan antarabangsa selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Albirex Niigata FC dari Jepun di Kompleks Sukan Jurong East di sini, semalam.
Jurulatih, K. Rajagobal menganggap keputusan persahabatan itu adil untuk anak-anak buahnya walaupun mereka sepatutnya mengatasi kelab yang beraksi dalam Liga-S itu selepas menguasai hampir keseluruhan perlawanan tersebut.
Beliau berkata, kegagalan memanfaatkan beberapa peluang keemasan yang terhidang di depan pintu gol banyak menjadi pengajaran berguna buat para pemain muda negara.
"Inilah akibatnya kalau kita tidak manfaatkan peluang yang diberikan dan kemenangan sudah tentu bukan menjadi milik kita.
"Jelas para pemain masih belum cukup agresif dan tidak memiliki daya pemusnah di depan pintu gol walaupun berjaya mencipta beberapa peluang menarik pada kedua-dua separuh masa," katanya yang ditemui selepas perlawanan tamat.
Malaysia menerusi rangkaian penyerang Zaquan Adha Abdul Radzak dan Ahmad Fakri Saarani patut menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyudahkan beberapa peluang keemasan di depan pintu gol lawan.
Keputusan seri itu jelas merencat rekod cemerlang perlawanan antarabangsa yang berterusan sejak 30 Disember lalu apabila menumpaskan Yemen 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Malaysia yang menguasai babak kedua permainan sewajarnya dapat mendahului Albirex Niigata FC pada minit ke-70, namun cubaan Mohd. Zaquan Adha sipi di pintu gol walaupun penjaga lawan sudah tertewas.
Rajagobal menegaskan, anak buahnya masih memerlukan perlawanan persahabatan antarabangsa kompetitif setiap bulan dalam usaha membentuk skuad yang lebih mantap pada masa akan datang.
Menurut beliau, menerusi perlawanan tersebut, dia dapat melihatkan perkembangan karakter pemain selain memberi pendedahan lebih luas kepada mereka.
Beliau turut yakin anak buahnya mampu menjadi lebih kreatif sekiranya kerap diberi peluang menimba pengalaman bertemu pasukan luar.
"Pemain muda ini memerlukan perlawanan antarabangsa yang lebih kerap sekurang-kurang dua kali setiap bulan bagi meningkatkan keyakinan diri mereka.
"Mereka bertuah hari kerana dapat bertemu kelab yang beraksi dalam Liga-S yang terdiri daripada semua pemain Jepun untuk mempelajari bagaimana pasukan itu bermain agresif dan laju dalam perlawanan itu," katanya.
Mengulas perbezaan perlawanan antara kelab Jepun itu dan Yemen, Rajagobal berpendapat, Albirex Niigata FC merupakan sebuah pasukan yang mantap manakala beraksi menentang Yemen di gelanggang sendiri memberi satu persekitaran berbeza kepada anak buahnya. - Utusan