Saluran sukan tempatan 24 jam ini akan disiarkan hampir keseluruhan dalam Bahasa Malaysia dan boleh diikuti oleh semua pelanggan Astro.
“Astro terus menawarkan kandungan mantap sukan antarabangsa serta tempatan yang terbaik kepada peminat sukan di Malaysia. “Kami berharap Astro Arena dapat memenuhi permintaan kandungan sukan tempatan dan memberi lebih banyak peluang kepada persatuan sukan negara serta badan sukan lain mempromosikan sukan mereka melalui Astro Arena,” kata Ketua Bahagian Sukan, Astro, Lee Choong Khay.
“Astro Arena akan membawa liputan secara langsung perlawanan bola sepak Liga Super setiap Selasa dan Jumaat yang turut dimuatkan dengan ulasan daripada pengkritik sukan, jurulatih serta bekas pemain.”
Selain liputan acara sukan dalam negara, Astro Arena juga bakal membawa liputan secara langsung aksi atlit tempatan bertanding di luar negara.
Rakyat Malaysia akan dapat mendekati perkembangan atlit negara dan melihat pencapaian mereka di sukan serantau menerusi Astro Arena, terutama semasa acara sukan penting tahun ini seperti Sukan Komanwel di New Delhi, Sukan Asia di Guangzhou dan Sukan Olimpik Remaja yang pertama di Singapura, Ogos ini.

source : bharian.com.my
No comments:
Post a Comment