KFA senarai pendek calon jurulatih
Presiden KFA, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, namun perbincangan lanjut mengenai siapakah yang bakal membimbing pasukan itu masih belum dibuat.
“Biarlah jadi rahsia dulu sebab belum pilih, cuma ada senarai nama sahaja. Ia juga dalam pengetahuan Exco Belia dan Sukan.
“KFA pun belum mengadakan mesyuarat untuk bincang hal ini, saya minta penyokong Hijau Kuning bersabar,” katanya.
Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru membuat pemilihan kerana ia memerlukan kajian dan penelitian rapi.
Ditanya sama ada jurulatih yang disenaraikan itu adalah dalam kalangan bekas pemain yang juga anak jati Kedah atau jurulatih import, Azizan hanya tersenyum sambil meminta pihak media bersabar dengan pengumuman yang akan dibuat kelak.
Mengulas mengenai keputusan Mohd Azraai Khor Abdullah yang memilih untuk bersama pasukan Negeri Sembilan, Azizan berkata jurulatih itu berhak memilih mana yang terbaik buat dirinya.
“Itu hak dia, mungkin tawaran di sana lebih baik dan dia lebih yakin untuk mengemudi pasukan Negeri Sembilan,” katanya.
sumber: SINAR HARIAN
Kedah minat pancing Alberts latih skuad Hijau Kuning
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
2011/03/24
ROBERT Alberts - jurulatih berasal dari Belanda yang mengemudi Kedah muncul juara Piala Malaysia 1993 - adalah antara beberapa calon dalam perhatian Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih menggantikan tempat Ahmad Yusof yang direhatkan. Presidennya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas badan berkenaan, baru-baru ini tetapi enggan mendedahkan senarai calon berkenaan termasuk mengunci rapat mulut ketika ditanya mengenai ura-ura Sang Kenari bakal mendapat khidmat jurulatih import.“Bagi kita sedikit masa membuat keputusan memilih (lantik) ketua jurulatih baru, sekarang ada beberapa nama tetapi masih belum dimuktamadkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.Antara calon lain termasuk bekas jurulatih, Mustakeen Omar, Ahmad Shafiq dan Mohamad Ramli.
Ditanya, mengenai pelantikan Azraai Khor Abdullah yang juga bekas ketua jurulatih Kedah ke skuad Negeri Sembilan, dia berkata, Azraai berhak untuk membuat keputusan terbaik dan menjelaskan ia tidak mengganggu pemilihan ketua jurulatih baru pasukan Hijau Kuning.
Sumber : BHARIAN
No comments:
Post a Comment