Sunday, February 21, 2010

Devan akui rehat lama jejas rentak Selangor


Oleh Khairil S Iswan
mkhairil@bharian.com.my


KAPTEN Selangor, Mohd Amri Yahya (merah) berjaya melepasi pemain Selangor PKNS, Premanathan dalam pelawanan Piala FA di Stadium Shah Alam, kelmarin.

TEMPOH lebih dua minggu berehat menyaksikan juara bertahan, Selangor memulakan langkah berhati-hati beraksi dengan rentak perlahan dan bertahan ketika menewaskan pasukan tetangga, PKNS pada perlawanan pusingan dua, Piala FA di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Percaturan pengendali Selangor, K Devan (gambar kecil) yang menggunakan taktik seorang penyerang dengan meletakkan Safee Sali bersendirian di bahagian serangan dilihat tidak begitu berkesan apabila perlawanan jadi hambar pada separuh masa pertama sekalipun memperoleh gol pertama hasil rembatan Farderin Kadir minit ke-43.

Safee kemudian digantikan dengan R Surendren minit ke-63 dan Devan kemudian mengeluarkan kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah untuk digantikan dengan Rudie Ramli minit ke-79 bagi mengubah rentak perlawanan.

Jelas congakan itu berhasil apabila Surendren menyumbang gol kedua tiga minit sebelum wisel penamat untuk skuad Merah Kuning menang 2-0 dan membawa bekalan modal agak selesa apabila berkunjung ke Stadium MBPJ, Sabtu ini.

“Pemain saya tidak bermain dalam perlawanan kompetitif lebih dua minggu sebelum perlawanan ini,” kata Devan. “Oleh itu, kami bermain dengan corak yang lebih perlahan dan bertahan.

“Selain itu, Safee juga lambat mendapat bantuan daripada rakan bahagian tengah terutama Safiq Rahim dan Farderin menyebabkan saya terpaksa mengubah corak perlawanan menjadi lebih laju kerana PKNS juga ubah corak permainan mereka menjadi lebih pantas selepas itu.


KALAU JADUAL PADAT, KOMPLEN PENAT

KALAU CUTI PANJANG, KOMPLEN LAMBAT PANAS PULAK

MACAM2

No comments:

Post a Comment