Saturday, March 5, 2011

FELDA UNITED 1 vs KEDAH 0


Jumaat, 4 Mac 2011
Stadium Darulaman, Alor Setar
Perlawanan Pusingan Ke 2 Piala FA 2011
Kehadiran penyokong : Sekitar 4,000 orang



Detik-detik penting :


Separuh masa pertama

Minit 10 : Baddrol Bakhtiar menyempurnakan 1 sepakan percuma dari luar kotak penalti tuan rumah namun sekadar singgah ke dakapan Penjaga Gol, Mohd Faizal Abdul Rashid

Minit 18 : Khyril Muhymeen Zambri mempunyai peluang terbaik buat dirinya apabila berjaya melambung bola yang seakan-akan mampu untuk melemaskan Mohd Faizal Abdul Rashid namun ianya sekadar sipi di sebelah kiri tiang gol Felda United

Minit 29 : Penyerang tuan rumah yang juga merupakan bekas pemain Kedah, Mohd Zamri Chin hampir-hampir meledak gol sulung perlawanan apabila bola hasil sepakan percuma Badrul Azam Zamri singgah tepat ke kaki beliau. Namun Azmi Muslim terlebih dahulu mengeluarkan bola tersebut sebelum Zamri meledak sepakan voli

Minit 33 : Pemain tengah Felda United, Mohd Lot Abu Hassan berjaya melepaskan rembatan jarak 30 meter yang menyaksikan Penjaga Gol, Kedah menangkap dengan teknik yang tidak kemas mengakibatkan bola muntah daripada dakapan. Mujur tiada mana-mana pemain tuan rumah yang berada dekat dengan beliau.

Minit 36 : Pemain pertahanan pelawat, Mohd Fauzie Nan dilayangkan kad kuning pertama perlawanan setelah mengasari Mohd Zamri Chin

Minit 39 : Bekas pemain kebangsaan, Azi Shahril Azmi memperoleh suatu peluang jarak jauh tetapi disia-siakan apabila rembatannya tersasar jauh ke bulan!

Minit 45 + 1 : Ayam tambatan Kedah, Azlan Ismail hampir melabuhkan separuh masa pertama dengan gol sulung perlawanan apabila "Tapping" beliau berjaya ditepis ke atas oleh Penjaga Gol tuan rumah. Seluruh stadium menyangkakan bola tersebut sudah masuk namun ketangkasan Mohd Faizal berjaya meredakan keadaan. Ianya berpunca daripada sepakan percuma di sebelah kiri pintu gol tuan rumah yang disempurnakan oleh Mohd Azmi Muslim. Bola hantarannya itu singgah tepat ke kaki Azlan Ismail dan melakukan "Tapping" mudah namun Mohd Faizal menafikan peluang tersebut. Peluang terbaik pasukan pelawat pada separuh masa pertama.

Minit 45 + 2 : Wisel penamat bagi separuh masa pertama


Separuh masa kedua

Minit 46 :
Pasukan tuan rumah bermula garang pada babak kedua apabila mereka memperoleh sepakan percuma dari jarak 25 meter dari gol Kedah. Sepakan tersebut diambil oleh bekas penyerang Kedah, Mohd Azrul Ahmad yang hanya sekadar melintang di hadapan gol Kedah tanpa dicabar oleh sesiapa.

Minit 53 : Tuan rumah membuat pertukaran pertama perlawanan apabila memasukkan Mohd Syazwan Zainon bagi menggantikan Mohd Zamri Chin yang tampak kekeringan idea untuk memecah benteng pasukan pelawat

Minit 57 :
Felda United sekali lagi hampir menemui gol sulung perlawanan apabila bekas pemain kebangsaan, Farderin Kadir berjaya meloloskan diri daripada kawalan Khairul Helmi Johari dan melepaskan satu rembatan kencang di sebelah kiri pintu gol Kedah. Sayang, ianya sekadar sipi.

Minit 68 :
Bekas pemain Kedah, Liew Kit Kong mencuri tumpuan apabila melepaskan satu rembatan padu dari jarak 30 meter tetapi berjaya didakap kemas oleh Abdul Hadi Abdul Hamid

Minit 69 : Azi Shahril Azmi dilayangkan kad kuning apabila mengasari Baddrol Bakhtiar daripada belakang.

Minit 76 : Khyril Muhymeen Zambri melepaskan rembatan jarak jauh namun ianya langsung tidak mengancam pintu gol tuan rumah apabila ianya tinggi melewati palang gol.

Minit 78 : Farderin Kadir hampir-hampir meletakkan tuan rumah di hadapan apabila tandukan lambungnya hampir-hampir menewaskan Abdul Hadi Abdul Hamid namun Abdul Hadi tampak bersedia dalam menafikan percubaan terbaik pasukan tuan rumah itu apabila berundur ke belakang dan menepis bola tersebut keluar untuk sepakan penjuru buat tuan rumah. Terselamat pintu gol Kedah sekali lagi.

Minit 80 : Pintu gol Kedah cemas apabila Liew Kit Kong berjaya menanduk bola ke arah pintu gol Kedah namun ianya sekadar terkena tiang dan melantun semula ke kawasan permainan.

Minit 81 : GOL!!! Bola lantunan hasil tandukan Liew Kit Kong tersebut jatuh tepat ke kaki Mohd Azrul Ahmad dan dengan mudah beliau menolak bola kepada Hasmarul Fadzir Hassan yang berada betul-betul di atas titik penalti dan langsung tidak dikawal oleh mana-mana pemain pasukan pelawat. Dengan tenang, Hasmarul bijak merembat bola tersebut ke sebelah kiri pintu gol Kedah dan menyaksikan Abdul Hadi Abdul Hamid gagal untuk menyelamatkan gawang pelawat dan menghadiahkan gol sulung perlawanan kepada Felda United.

Minit 84 : Felda United membuat pertukaran kedua apabila memasukkan K.Rajan dan mengeluarkan Mohd Azrul Ahmad bagi menguatkan bahagian sayap. Manakala pasukan pelawat juga membuat pertukaran kedua apabila memasukkan Shahril Faizal Sharifuddin bagi menggantikan Ahmad Fauzi Shaari.

Minit 86 : Baddrol Bakhtiar berjaya menanduk bola ke arah pintu gol Felda namun ianya sekadar menyaksikan sipi daripada tiang gol Felda United.

Minit 86 : Penyerang Kedah, Azlan Ismail dikeluarkan dan digantikan oleh penyerang muda, Hattaphon Bun An

Minit 90 + 2 :
Wisel penamat perlawanan. Kuala Lumpur Felda United mara ke pusingan seterusnya sambil menyaksikan finalis tahun lalu, Kedah terpaksa melupakan hasrat untuk mengulangi pencapaian tahun lepas.



Line up kedua-dua pasukan :



KUALA LUMPUR FELDA UNITED FC

20-Mohd Faizal Abdul Rashid (PG), 11-Badrul Azam Zamri, 22-Khaironnisam Sahabuddin Hussain (K), 4-Hasmarul Fadzir Hassan, 23-Mohd Nizam Abu Bakar, 25-Azi Shahril Azmi, 14-Mohd Lot Abu Hassan, 9-Farderin Kadir, 15-Mohd Zamri Chin (24-Mohd Syazwan Zainon), 5-Liew Kit Kong, 7-Mohd Azrul Ahmad (19-K.Rajan)

Pemain simpanan yang tidak digunakan KL FELDA UNITED FC

1-A.Zainal Rabin (PG), 10-Mohd Nizaruddin Yusoff, 2-Mohd Khairul Anuar Jamil, 3-Ramesh Lai Ban Huat, 6-Mohd Hazshafiq Hamzah


KEDAH
2-Mohd Fauzie Nan, 7-Baddrol Bakhtiar, 8-Amar Rohidan, 9-Mohd Azmi Muslim, 11-Ahmad Fauzi Shaari (K) (3-Shahril Faizal Sharifuddin), 13-Khairul Helmi Johari, 14-Azlan Ismail (26-Hattaphon Bun An), 17-V.Thirumurugan, 18-Khyril Muhymeen Zambri, 21-Mohd Sabree Mat Abu, 25-Abdul Hadi Abdul Hamid (PG)

Pemain simpanan yang tidak digunakan KEDAH

6-Shafizan Hashim, 22-Mohd Al Hafiz Hamzah, 23-Mohd Firdaus Mohd Faudzi, 24-Wan Mohd Asraf Wan Ali, 28-Mohd Fiqry Md.Isa



Pegawai Pasukan KL FELDA UNITED FC :

Ketua Jurulatih : E.Elavarasan
Pengurus Pasukan : Dato' Dzulkifli Abdul Wahab


Pegawai Pasukan KEDAH :

Ketua Jurulatih : Haji Ahmad B.Yusoff
Pengurus Pasukan : Dato' Haji Khazali Haji Din



STATISTIK PERLAWANAN

KL FELDA UNITED FC / KEDAH


Percubaan Tepat 6 / 2
Percubaan Tersasar 5 / 6
Sepakan Penjuru 4 / 4
Sepakan Percuma 14 / 10
Kesalahan Dilakukan 7 / 13
Ofsaid 3 / 1
Kad Kuning 1 / 1
Kad Merah 0 / 0


KEPUTUSAN PENUH :


FELDA UNITED 1 (Hasmarul Fadzir Hassan m.81)
KEDAH 0


HIJAUKUNING.COM Man Of The Match :
Hasmarul Fadzir Hassan (KL Felda United FC)


Sedikit info :
Sejurus selepas tamat perlawanan, hampir 1000 penyokong pasukan Kedah berkumpul di perkarangan Stadium Darul Aman bagi membuat bantahan meminta Ketua Jurulatih Kedah, Haji Ahmad Yusof meletakkan jawatan akibat rentetan kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh pasukan. Mereka kelihatan amat berang dengan Haji Ahmad Yusof sambil melaungkan "AHMAD YUSOF SILA LETAK JAWATAN". Walaubagaimanapun bantahan tersebut berlangsung dalam keadaan aman dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Melihatkan peminat semakin ramai menyertai bantahan tersebut, pengurusan KFA meminta kumpulan penyokong tersebut menghantar wakil dan masuk ke dalam pejabat KFA bagi mendengar luahan bantahan mereka. Sesi luahan hati tersebut berjalan hampir 20 minit dan wakil-wakil tersebut telah diberitahu bahawa KFA sudah pun memberi kata dua kepada Haji Ahmad Yusof kelmarin di mana beliau WAJIB mencipta kemenangan ke atas Felda sebentar tadi bagi menyelematkan kerjayanya sebagai Ketua Jurulatih Kedah. Kalah bererti beliau sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Kedah. Namun, keputusan muktamad akan diumumkan pada petang 5 Mac 2011 apabila pihak pengurusan tertinggi KFA akan sekali lagi mengadakan mesyuarat bagi menentukan nasib Haji Ahmad Yusof.

No comments:

Post a Comment