Tuesday, March 30, 2010

FA CUp Semi Final Terengganu 0 Kedah 2 - rumusan

Pertama sekali Alhamdulillah Syukur diatas kemenangan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT..

Tahniah dan syabas buat pasukan bola sepak Kedah yang secara totalnya semalam mempamerkan suatu aksi yang amat2 berdisiplin..iaitu cuba mengunci dan merantai setiap gerakan pasukan Terengganu...

Seperti yang saya jangkakan, Terengganu banyak menggunakan pemain tengah depa Zairo untuk membuka ruang kepada Manaf Mamat..dan Ashaari..tetapi kekuatan mental dan fizikal Sabree amat dipuji kerana berjaya memastikan setiap gerakan pemain tengah ini dirantai sebaik mungkin..manakala Ustad telah berjaya mengikut setiap jejak langkah Manaf Mamat sehingga beliau seperti tercari-cari ruang untuk melepaskan rembatan..namun gagal..tapi awas buat Ustad tackle anda hampir membawa padah..namn sebagai pemain pertahanan ia amat diperlukan keran Manaf sangat pantas ketika itu dan saya percaya andai gerakan itu tidak dibuat sesuatu pasti Terengganu akan beroleh sesuatu..

Berkenaan pemain yang boleh dianggap terbaik semalam, secara peribadi saya melihat layak diberikan kepada Azmi Muslim..memang benar beliau perlu bermain diposisi ini..bek kiri..apa tidaknya beliau mempunyai kelebihan menyekat setiap gerakan higngakan Joseph Kallang dan Asyaari mahupun Manaf terpaksa berubah keposisi lain selepas gagal mencari ruang dari posisi beliau..tapi kepantasan beliau membawa bola keatas perlu digunakan oleh Ahmad Yusuf untuk merubah dari bertahan mampu mebuat counter attack dan gol...kerana hampir 4-5 kali beliau menyekat bola dari menembusi pertahanan kita dan membawa bola ketas dan mempunyai ruang tapi gagal membuahkan sesuatu dari runag yang ada..insyaAllah jika latihan diberikan kita boleh menghasilkan sesuatu dari teknik ini..

Keon semalam juga bermain dengan baik iaitu tidak membiarkan bola terlalu lama berada di kawasan pertahanan kita...tapi mungkin selepas ini Sabree atau pengganti beiau selepas ini perlu menghampiri barisan pertahanan untk mendapatkan bola dan membuat lorongan yang berkesan ke bahagian atas...

Dari aspek serangan semalam saya bersetuju rangkaian Bad - Azlan - Sepet..lebih menyerlah..apa tidaknya setiap kali bola berada di kaki Bad..beliau akan cuba membuka ruang kepada Azlan..mungkin selepas nii kita perlu munggunakan Pali dengan lebih kerap..keran beliau bijak mencari ruang untuk membuat sesuatu tetapi kerap kali peluang tersebut tidak diberikan kepada beliau..x pa mungkin coach boleh memikirkan teknik yang lebih berkesan..sambil Arul perlu lebih kreatif dengan berlatih membuat hantaran2 ke bahagian sayap lebih berkesan..kerana setiap kali beliau ingin membuat hantaran ke Pali tapai berjaya disekat benteng lawan...

Persediaan Pusingan ke-2:

Aspek pertahanan : Perlu kekalkan disiplin bertahan dengan pantas sambil bijak membuat clearance..dengan meminta DM turun lebih sedikit untuk membuka lorongan yang pantas ke bahagian atas..selain itu kurangkan membuat tackle2 di bahagian hampir dengan pintu gol kita terutamanya..Boy (Shahril) walaupun dimasukkan pada perlawanan berbaki 12 minit tapi beliau menghadiahkan sepakan percuma yang mungkin memberikan lawan gol...

Tengah: Ahmad Yusuf perlu memikirkan siapa yang layak untuk menyekat pemain seperti Zairo..sambil mampu membuat lorongan keatas..sambil Arul perlu lebih kreatif dalam mebuat hantaran..

Sayap: Bad mungkin tidak mempunyai banyak komen..tapi buat Pali beliau perlu lebih cergas..untuk menjana bola kearah pemain penyerang..sambil Amin perlu diberi ruang jika diperlukan..kerana beliau mempunyai larian yang baik sambil sepkan bola beliau hampir membuah sesuatu..

Penyerang: Tanpa Azlan..mungkin khidmat Kyril perlu ditagih sambil sepet perlu lebih bekerja kuat untuk mencari ruang keran Terengganu bakal mendapatkan khdmat kapten mereka..jadi mungkin Kedah perlu bermain secara Through Pass berbanding Long crossing..kerana lawan mempunyai kepakaran untuk menyekat setiap hantaran tinggi..

Akhir Bicara..InsyaAllah kita mampu kembali ke akhir andai kita menggunakan ruang rehat 3 hari ini untuk memperkemaskan setiap kelemahan yang ada sambil memperkuatkan kekuatan yang dimiliki..InsyaAllah...

comment from : peminat setia www.hijaukuning.com

No comments:

Post a Comment