Monday, March 8, 2010

Kedah vs ATM

Berbalik kepada game malam ni bertemu ATM (pasukan yang hampir mencalarkan imej KEDAH ketika perlawanan pertama Piala Malaysia tahun 2009), KEDAH sepatutnya menggunakan peluang bermain di gelanggang sendiri dan lawan dari Liga perdana untuk menang selesa. Tetapi harus diingat, kalau KEDAH masih di tahap 6mac2010 tidak mustahil ATM akan mencipta rekod terbaru di bumi Jelapang Padi.

Berdasarkan statement yang dibuat oleh Mad Usop dalam The Star hari ini, beliau akan mengekalkan 1st eleven 6mac2010 pada malam ini kecuali tempat Arfan yang bakal diambil oleh Sabree. Manakala tempat Sabree akan diambil oleh Pelam. Mungkin pertahanan agak lebih tersusun. Tetapi sekiranya coach masih mengekalkan Mie Lim yg 'dibantu' ARUL kelonggaran di midfield tiada bezanya dgn malam 6mac2010. Ditambah pulak SAM yang setia 'mananti' di bahagian hadapan, satu perlawanan hambar bakal disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia malam ini.

Untuk coach, di mana rasionalnya meletak SAM(bukan sepet) & Mie Lim(bukan Pali) di posisi tersebut? Untuk ARUL, tempat anda memang terjamin kerana kita sudah tiada pilihan.

Kepada ATM, jika anda mengamalkan disiplin yang baik dan bermain bersungguh-sungguh, tak mustahil satu lagi sejarah baru akan tercipta.

Sama-samalah kita saksikan malam ni

No comments:

Post a Comment