Saturday, April 16, 2011

Kedah 1 Pahang 0

KEDAH vs PAHANG
Sabtu, 16 April 2011
Stadium Darulaman, Alor Setar
Perlawanan ke 12 Liga Super Malaysia 2011
Kehadiran penyokong : Sekitar 8,000 orang



Detik-detik penting :


Separuh masa pertama

Minit 20 : Pemain berbisa Pahang, Azamuddin Akil berjaya menggegar gawang Kedah apabila merembat masuk gol hantaran Jalaluddin Jaafar namun Penjaga Garisan terlebih dahulu mengangkat bendera menandakan Azamuddin telah pun ofsaid

Minit 22 : Pemain sayap tuan rumah, Baddrol Bakhtiar hampir-hampir menjaringkan gol sulung perlawanan apabila bola lintangannya hampir menerjah masuk ke dalam gol Pahang namun berjaya dikuis oleh Penjaga Gol, Mohd Rosfaizal. Kuisan tersebut bagaimanapun jatuh di depan Sabree Abu yang terus melakukan "first timer" ke arah gol pelawat namun berjaya dihadang dengan baik oleh pertahanan pelawat dan menghasilkan sepakan penjuru

Minit 26 :
Sepakan penjuru oleh Baddrol Bakhtiar berjaya sampai ke kawasan "far post" dan sampai di kaki Azmi Muslim yang terus melepaskan satu rembatan padu namun ianya sekadar tersasar dari gol Pahang.

Minit 30 : Tuan rumah melakukan pertukaran pertama apabila mengeluarkan Sabree Abu yang kelihatan agak tenggelam di bahagian "Right Wing Back" dan digantikan oleh V.Thirumurugan

Minit 36 : Kedah sekali lagi terpaksa melakukan pertukaran awal apabila penyerang utama Azlan Ismail mengalami kecederaan pangkal paha yang agak serius. Radhi Mat Din menggantikan beliau dengan Mohd Faizal Abu Bakar dan beberapa rombakan kecil dilakukan di mana Faizal diletakkan di bahagian sayap kanan manakala Khyril Muhymeen diletakkan sebagai penyerang utama

Minit 37 :
Baddrol Bakhtiar melakukan satu sepakan lintang mencari Khyril Muhymeen tetapi berjaya dipintas oleh Penjaga Gol pelawat dengan bergaya

Minit 39 :
Mohd Faizal Abu Bakar menerusi sentuhan pertama beliau di dalam perlawanan ini mempunyai peluang terbaik apabila berjaya memperdayakan 2 pertahanan Pahang tetapi penyudah yang agak lemah mengakibatkan rembatan kaki kiri beliau hanya lemah dan ditangkap mudah oleh Penjaga Gol Tok Gajah

Minit 40 : Faizal sekali lagi memperolehi peluang terbaik apabila berjaya melepaskan voli rendah ke arah gol pelawat namun ianya sedikit tersasar dari sasaran. Berpunca daripada lintangan Baddrol yang terbias di badan pertahanan Pahang dan jatuh tepat di depan Faizal dan tanpa melengahkan masa terus melakukan voli

Minit 41 : Bola lintangan Faizal Abu Bakar hampir-hampir menerjah masuk ke dalam gol pelawat apabila lintangan tersebut melencong baik ke arah gol dan Rosfaizol sudah pun tertewas. Ia hanya sedikit melepasi palang gol pelawat

Minit 45 + 2 :
Wisel penamat bagi separuh masa pertama


Separuh masa kedua

Minit 52 :
Azamuddin Akil menjadi pemain pertama yang dilayangkan kad kuning oleh Pengadil Perlawanan, Suhaimi Mat Hassan akibat menyiku Shahril Faizal di dalam perebutan bola di dalam kotak penalti tuan rumah

Minit 56 :
GOL!!! V.Thirumurugan akhirnya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol sulung perlawanan dengan merembat kencang bola hantaran jauh oleh Mohd Azmi Muslim yang membuat hantaran dari bahagian sayap kiri tuan rumah. Pujian seharusnya dilontarkan kepada Azmi yang bijak mengesan rakan sepasukan yang langsung tidak dikawal di bahagian depan dan V.Thirumurugan yang bijak mengeksploitasi ruang yang ada dan meloloskan diri daripada mana-mana kawalan pemain lawan untuk menerima bola tersebut

Minit 58 : Baddrol memberi amaran berbahaya kepada benteng Tok Gajah apabila hampir kesemua sepakan penjuru beliau setakat ini hampir-hampir memberikan gol kepada tuan rumah. Kali ini beliau berjaya mencari Khyril Muhymeen dan Khyril menanduk nipis bola tersebut ke belakang namun berjaya ditepis keluar oleh Penjaga Gol pelawat

Minit 61 : Dollah Salleh membuat pertukaran pertama buat pasukannya apabila mengeluarkan R.Karthigersu yang kelihatan sangat longlai sebagai penyerang dan memasukkan penyerang muda Famirul Ashraf

Minit 62 : Baddrol sempat melepaskan satu rembatan namun ianya tersasar dari sasaran hasil lambungan pendek Khyril Muhymeen dari luar kotak penalti

Minit 66 : Sayap kanan pelawat, Azamuddin Mat Akil melepaskan satu rembatan namun ianya liar dan jauh tersasar

Minit 70 :
Anak legenda bolasepak negara, Mohd Zaiza Zainal Abidin dikeluarkan akibat kecederaan "hamstring" dan digantikan oleh Mohd Hazri Rozali

Minit 71 : Khyril Muhymeen hampir-hampir menambah margin gol buat Tuan Rumah apabila membuat larian solo dari tengah padang dan berjaya melepasi kawalan 3 pemain pertahanan Tok Gajah. Beliau berjaya melepaskan rembatan leret yang menyaksikan ianya hanya sedikit sipi dari tiang gol kanan pelawat. Sekiranya masuk, ia seharusnya menjadi antara detik yang paling manis dalam karier beliau. Tidak ramai pemain di dunia ini yang mampu menjaringkan gol melalui larian solo dari tengah padang. Pujian harus dilontarkan juga kepada Amar Rohidan yang pantas membuat tolakan kepada Khyril

Minit 72 :
Khyril Muhymeen sekali lagi memperolehi peluang keemasan tetapi mensia-siakan dua peluang yang terhidang secara berturut menerusi punca serangan yang sama. Pertamanya, beliau gagal menyudahkan peluang 1-by-1 dengan penjaga gol pelawat apabila Rosfaizol berjaya menepis rembatan Khyril namun bola tersebut sampai kepada Baddrol yang tanpa melengahkan masa membuat lintangan ke dalam kotak penalti. Khyril Muhymeen yang langsung tidak dikawal oleh mana-mana pemain pelawat, seharusnya meletakkan Kedah dengan gol kedua tetapi "free header" lemah oleh beliau menyaksikan Radhi Mat Din menggelengkan kepala

Minit 77 :
Mohd Faizal Abu Bakar menjadi pemain tuan rumah pertama yang dilayangkan kad kuning apabila melakukan bentesan yang langsung tidak penting ke atas pemain pelawat

Minit 78 :
Dollah Salleh membuat pertukaran terakhir dengan memasukkan Abdul Malik Mat Ariff bagi menggantikan Shahrizan Mohd Salleh

Minit 82 : Azamuddin Akil hampir-hampir menjadi duri dalam daging buat Tuan Rumah apabila berjaya memperdayakan Shafizan Hashim dengan melakukan larian memecah masuk ke dalam kotak penalti Kedah dan terus menghantar bola secara leret kepada rakan sepasukan iaitu Mohd Hazri Rozali. Hazri kemudiannya melakukan "tapping" mudah namun ianya sekadar sedikit sipi dari tiang gol kiri Kedah. Terselamat gawang Tuan Rumah daripada dihampakan di saat-saat akhir

Minit 82 :
Radhi Mat Din membuat pertukaran terakhir dengan mengeluarkan Khyril Muhymeen Zambri yang jelas tidak mempunyai tuah di dalam perlawanan ini dan memasukkan penyerang skuad Olimpik negara, Ahmad Shakir Ali

Minit 84 : Tuan Rumah sekali lagi hampir menambah jaringan apabila bola rendah oleh Baddrol sampai ke kaki Shakir yang terus melakukan rembatan kencang ke arah gol Tok Gajah namun Nazrulerwan berjaya menahan bola tersebut daripada menerjah gawang pasukannya. Malangnya bola tersebut melambung hingga sampai kepada Mohd Fiqry Mat Isa yang dengan pantas melakukan voli. Seluruh stadium menyangkakan bola tersebut akan menerjah ke dalam gawang pelawat namun Penjaga Gol menafikan percubaan pemain muda Kedah itu dan memberikan sepakan penjuru kepada Kedah

Minit 89 : Baddrol Bakhtiar dilayangkan kad kuning

Minit 90 + 3 : Wisel penamat perlawanan



Line up kedua-dua pasukan :



KEDAH
1-Mohd Helmi Eliza Elias (PG), 2-Mohd Fauzie Nan (K), 3-Shahril Faizal Shariffuddin, 6-Shafizan Hashim, 7-Baddrol Bakhtiar, 8-Amar Rohidan, 9-Mohd Azmi Muslim, 14-Azlan Ismail (19-Mohd Faizal Abu Bakar), 18-Muhd Khyril Muhymeen Zambri (12-Ahmad Shakir Ali), 21-Sabree Mat Abu (17-V.Thirumurugan), 28-Mohd Fiqry Md.Isa

Pemain simpanan yang tidak digunakan KEDAH
11-Ahmad Fauzi Shaari, 13-Khairul Helmi Johari, 23-Mohd Firdaus Mohd Fauzi, 25-Abdul Hadi Abdul Hamid (PG)

Pemain Digantung Pasukan KEDAH

Tiada


PAHANG

1-M.Rosfaizol (PG), 2-Jalaluddin Jaafar (K), 3-Mohd Saiful Nizam, 5-Nazrulerwan Makmor, 9-R.Karthigersu (11-Famirul Ashraf), 12-Azamuddin Mat Akil, 13-Mohd Fazli Baharudin, 16-Mohd Alafi Mahmud, 17-Mohd Zaiza Zainal Abidin (6-Mohd Hazri Rozali), 20-Mohd Shahrizan Mohd Salleh (15-Abdul Malik Mat Ariff), 21-Mohd Munir Amran

Pemain simpanan yang tidak digunakan PAHANG
7-R.Surendran, 8-Amirullah Abdul Razak, 18-Mohd Syawal Norsam, 25-Mohd Suffian (PG)

Pemain Digantung Pasukan PAHANG

Tiada


Pegawai Pasukan KEDAH :

Ketua Jurulatih : Haji Radhi Mat Din (Pemangku)
Pengurus Pasukan : Dato' Haji Khazali Haji Din

Pegawai Pasukan PAHANG :


Ketua Jurulatih : Dollah Salleh
Pengurus Pasukan : Dato' Che Nasir Salleh


Pegawai Pertandingan :


Pengadil : Suhaimi Mat Hassan
Penolong Pengadil 1 : Azmi Khalid
Penolong Pengadil 2 : Naimuldin Haron
Pegawai ke 4 : Haslimi Saidin
Kommisioner Perlawanan : Mat Lazim Awang Hamat
General Koordinator : Shahrin Ismail
Pegawai Media :


STATISTIK PERLAWANAN


KEDAH / PAHANG

Percubaan Tepat 6 / 2
Percubaan Tersasar 11 / 4
Sepakan Penjuru 6 / 1
Sepakan Percuma 9 / 20
Kesalahan Dilakukan 16 / 8
Ofsaid 4 / 1
Kad Kuning 2 / 1
Kad Merah 0 / 0


KEPUTUSAN PENUH :


KEDAH 1 - 0 PAHANG


HIJAUKUNING.COM Man Of The Match : Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Formasi KEDAH @ 5-1-3-1


Mie Yeh (GK)


Sabree (Thiru) (RWB) / Boy (CB) - G-nan (CB) - Pelam (CB) / Mie Lim (LWB)


Amar (DM)


Meen (Sepet) (RW) / Fiqry (CM) / Bad (LW)


Lan (Meen) (Shakir) (SC)



Formasi PAHANG @ 4-4-2


Rosfaizol (GK)


Saiful (RB) /
Zaiza (Hazri) (CB) / Nazrulerwan (CB) / Munir (LB)


Azamuddin (RW) / Jalaluddin (DM) /
Shahrizan (Malik) (AM) / Fazli (LW)


Karthigersu (Famirul) (ST) / Alafi (ST)




Notes : GK - Goalkeeper, CB - Centre Back, RWB - Right Wing Back, LWB - Left Wing Back, RB - Right Back, LB - Left Back, RW - Right Wing, DM - Defensive Midfielder, CM - Central Midfielder, AM - Attacking Midfielder, LW - Left Wing, SC - Striker Centre, ST - Striker

sumber : HKC

No comments:

Post a Comment