Tuesday, April 5, 2011

KFA pecat Ahmad Yusof



SELEPAS direhatkan berikutan aksi hambar pasukan Kedah dalam saingan Liga Super, akhirnya Ketua Jurulatih, Ahmad Yusof dipecat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), berkuat kuasa semalam.

Keputusan itu diambil selepas Jawatankuasa Tetap Pengurusan Pasukan Negeri bermesyuarat untuk memastikan skuad Hijau Kuning sentiasa konsisten dan positif dalam saingan liga Malaysia.

Pada masa sama, jawatankuasa mesyuarat sebulat suara menyenaraikan beberapa nama jurulatih sebagai pengemudi baru skuad Hijau Kuning.

Timbalan Presiden KFA, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, antara nama yang disenaraikan ialah bekas jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan, Stefiano de Girro dan Khaidir Buyong.

“Selain itu kita juga menyenaraikan P Ghanasarmoorthy dan Abdullah Hassan. Senarai nama ini telah dikaji secara menyeluruh dan siapakah yang bakal mengemudi Kedah akan diumumkan kelak,” katanya

sumber : SINARHARIAN

No comments:

Post a Comment